Pages

Monday 16 June 2014

Menanti kata-II ...

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



▔\▁〷●‿●〷▁/▔ ▔\▁〷●‿●〷▁/▔

Hai hai oit oit oit. Apa khabar? Sihat ker?? Post sikit punya banya cerita kisah hidup aku yang entah menarik ke tak pada korang kan. Kepada yang setia membaca. TAHNIAH !! Teruskan membaca yea. Hihi. Apa kene mengena tajuk aku kali nih. haha. Selalu aku post semua nya pasal holiday aku bagai. Tapi kali nih, lain je ayat nya, Hm hm hm ... Korang mesti pelik aku nih tak sambung belajar ker?? Tak ada kerja ke nak buat? Balik2 story pasal holiday, pasal kawan2, pasal budak2 bagai.Eh.. *garu kepala* Mesti korang tertanya2 apa yang berlaku?? Ececeh ayat jer tuh. hahaha. Dari tajuk macam bercinta. Iye ker?? hahaha. Dari tajuk macam angau. Are u sure??? hahaha. Berteka-teki pulak aku kan. hm hm hm. Yang masih sudi nak terus kan membaca terus kan. Saje nak uji korang. Hehe. Korang minat atau tak dengan STORY BOX aku nih. 




( ^-^)_旦” ( ^-^)_旦” ( ^-^)_旦”

Apa cuba aku sampai kan ini. hahahaha! 
Okey Kita mula kan disinih. 
Macam nih kisah nya.. 
jeng jeng jeng..


Sebagai yang korang tahu yang aku nih bekas student STPM. Aliran sastera. Yang ambik subjek ekonomi,sejarah,p.am.... Secara rasmi nya sejak keluar nya keputusan STPM bulan Mac hari tuh aku telah di gelar sebagai PENGGANGUR yang bakal tanam anggur belakang rumah *Eh serius kut, ayah ada tanam pokok anggur kat belakang rumah. Nanti kalau dah menjadi aku tunjuk kat korang yea* Since dari tuh bila aku dapat nya result STPM. Perasaan syukur tuh masih tertanam subur sekali di dalam hati dan diri aku. Sekurang nya aku dapat result yang pada pandangan aku sudah memandai. SANGAT !! Aku bersyukur tak terkira. Hanya Allah yang tahu perasaan tuh. Namun itu hanya pandangan aku. Tapi tidak pada sesetengah pandangan segelintir masyarat yang mungkin pada aku sudah terbiasa hidup dengan persekitaran yang keputusan exam bagus2 belaka. SGT~. Bagus lah. Lepas tuh??


Macam biasa lah bila dapat jer result, orang yang akan first call/tanya ialah IBU AYAH. Iya sama lah macam dulu2 bila dapat result SPM/PMR/UPSR. Sign mereka sangat berharap pada kita. Mungkin kita tak sedar dalam diam2 mereka berusaha supaya kita mampu jadi yang terbaik di masyarakat. Mereka cuma nak kita jadi yang berguna di mata masyarakat. Hm. Bila ayah tengok jer result tuh.. tau tak ayah cakap apa??? hm hm hm "Ini je kak kamu dapat? kenapa pointer 2 jer nih. Boleh ker sambung belajar" Allahuakhbar !! luhur hati jantung aku. Serius lemah lutut nak berdiri. Rasa nak rebah macam tuh jer depan ayah. Itu lah ayah. Dalam diam dia menaruh harapan pada aku. Namun aku macam biasa keras kan hati. Tinnggi kan ego "okey lah tuh ayah. Dapat jugak 2 lebih. Dari gagal semua. Nak ker??" Terus ayah diam. Mungkin pada pandangan aku, ayah tak tahu sistem yang sedia ada. Hanya ibu yang tahu. That why ibu diam jer. 



Hidup mesti di terus kan. Yang lepas tak boleh di ubah. 
Apa yang berlaku semalam adalah sejarah,
Apa yang berlaku kini adalah kesan dari tindakan kita,
Apa yang berlaku esok biar lah menjadi rahsia. 
Terus kan berdoa. 
DIA ada bersama kita. 
:")

Aku tawakal dengan result aku. Aku terima seada nya. Tipu lah kalau aku kata tiada perasan resah, cuak, gementar segala bagai. TIPU !!! kalau aku kata tak ada !!! Tanya lah sesiapa pun yang berada di situasi aku pasti fikir rasa apa yang aku rasa kini. Aku seorang anak sulung. Cukup lah pada gelaran ANAK SULUNG. Berat tanggungjawab nya. Banyak beban yang aku tanggung. Mesti korang pelik. Apa sangat lah beban yang kau tanggung?? kau bukan nya dari keluarga yang susah, pi holiday bagai boleh jer, update pos blog okey jer, update twitter okey jer. Hm hm hm . Aku sendiri pun tak tahu nak terang kan macam mana. Dan if aku cakap pun, bukan nya korang faham. Melain kan korang juga memegang gelaran anak sulung. Oleh itu korang akan faham apa yang cuba aku terangkan. 



(ノ◒▽◒)ノ (ノ◒▽◒)ノ (ノ◒▽◒)ノ

Bulan April, result temuduga bagi courst yang melibatkan temuduga di rasmikan keluar. Alhamdullilah. Eyna dapat. Aku???  "Dukacita di maklumkan ...... " alahai~~ Again. Luhur hati aku. Namun perasaan sedih tidak terus tertanam dalam hati dan diri aku. Terus aku buang jauh2 perasaan sedih itu. Aku percaya pada Dia. Aku yakin Dia ada sesuatu untuk aku. Hari itu aku teman eyna pergi ker UPSI. Eyna berjaya dapat ujian MEDSI. alhamdullilah. Dia lulus. Baru2 ini dia dah di panggil untuk temuduga. Alhamdullilah dia berjaya lagi. Keputusan insya Allah bakal keluar pada bulan 7. Aku tumpang gembira. Aku bila lagi ??? 







(._. )( ._.) (._. )( ._.) (._. )( ._.)
Iya. Aku menanti kata-II ini.
 Kata-II yang mampu membuat aku menangis.
Mampu membuat aku mengalir kan air mata gembira. 



Hati tetap sedih bila orang tanya "Kamu tak dapat mana2 ker??" hm hm hm. Namun aku akan cuba sentiasa ingat diri aku bahawa aku masih ada Dia. Dia lah yang akan membantu. Aku yakin pada Dia. Namun aku tetap mengaharap kan keajaiban. Yang aku juga mampu menjadi seperti mereka. Mampu menjejak kaki ke menara gading. Memegang segulung ijazah. Aku masih mengharap kan doa daripada kedua ibu bapa aku. Iya! Aku masih perlukan mereka. 




Iya. 
Aku MENANTI KATA-II ...

Semoga ia terlaksana suatu hari nanti ! AMIN!! 


Salam sedih gembira dari aku. 


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥









0 comments:

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy