Pages

Saturday 24 May 2014

Perjumpaan Ibu Bapa & Guru

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Perjumpaan ibu bapa dan guru??? Apa kene mgena dgn aku?? ha nih yg aku nak cerita habaq kat korang. Pada yg nak tahu teruskan membaca. Kepada yg tak nak tahu fikir cerita ini tak menarik boleh close terus page ini. Pada 24 Mei 2014  Tadika tempat yg aku kerja tuh ada buat hari perjumpaan ibu bapa dan guru. Kalau kat sekolah rendah atau menengah kita panggil Hari Bertemu Waris. Tapi kat sinih kami panggil Perjumpaan Ibu Bapa & Guru. Sama jer. 



Pada aku ini adalah pengalaman yg pertama. Biasa nya aku yg menjadi pelajar dgr cikgu bercakap tentang aku pada parents aku. Kini terbalik pulak. Perasaan dup dap dup dap tuh harus lah ada. Aku nak komen pasal anak diorang. Baik buruk diorang. haha. Tapi bukan itu yg aku risau. Aku risau kan kemungkinan ada sesetengah ibu bapa yg mungkin tak dapat terima anak mereka sekian sekian bla bla bla. Zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu. Hm. Jangan lah di jentik budak tuh. hm. 


ha !
ni budak yg paling paling nakal paling tak tahu duduk diam
paling banyak bertanya. hahaha 
NUR ASRI ISKANDAR
Result dia boleh di kategori kan teruk jugak lah. hm 
Tapi ayah dia boleh relax jer "pandai dia nih. bukan tak pandai. Fuyooo bagus asri nih"
hahaha aku tak tahu lah sama ada apa yg ayah dia cakap tuh perli atau memang terima seada nya anak dia memang macam tuh. NO KOMEN !



Jadi kelas yg aku ajar ini adalah kelas agama pada petang hari. Pada pagi hari ada kelas lain pulak. Lain masa pulak dan lain cikgu nya jugak. Pada kelas pagi Cikgu Neida yg uruskan segalanya. Dia lah guru kelas nya. Cantik orang nya, Putih. Dan bakal menjadi isteri orang 31 Mey ini. Jadi berdasarkan pengalaman aku yg aku rasa hari nih tersangat lah best. Hehe. Sbb?? Cikgu Neida terus terang derect kepada ibu bapa yg ank diorang sekian sekian bla bla bla. WOW! risau jugak penerimaan ibu bapa. Rupa nya aku silap. Sebalik nya respon dari ibu bapa mengalakan lagi cikgu untuk lebih garang. hahahahah. Bagus!! Senang sikit kerja. 


Kesimpulan yg aku dapat dari perjumpaan ibu bapa nih, parents lbh fokus kan kepada kelas pagi. Biasa lah kelas pagi akan mengajar BM, MT, BI. SN, SENI. Jadi itu lah tujuan ibu bapa hantar anak-II ke tadika. Untuk anak diorang pandai membaca dan mengira. Kalau kelas agama pulak sebalik nya. Hm hm hm. Aku tak banyak cakap pun hari nih. Yg banyak cakap lebih kepada Cikgu Neida yg komen tentang budak-II pada kelas pagi. Ibu bapa seolah tak berapa heran tentang kelas agama. Tentang jawi, pendidikan islam, hafazan.. hm hm tak tahu lah if ini hanya perasaan aku. Tapi tuh lah yg aku nampak. Hanya 40% ibu bapa yg akan kata "teruk nya kak/abg/adk pendidikan islam nih, mcm mana boleh dapat C. Hafazan nih knp sikit sgt" WOW !! hahahaha dapat C pun komplain. Hebat. hahaha. Okey. Jadi itu menunjukkan masih ada ibu bapa yg menaruh harapan yg tinggi tentang kelas agama ini. So tu yg buat aku berazam nak ajar budak-II dengan lebih lagi. Even aku tak ajar pendidikan islam just mengajar mengaji plus hafazan tapi tuh pun dah cukup bagus. Aku nak kutip pahala banyak-II. 



alo lo lo nih adalah antara Cikgu-II yg mengajar di tadika dari umur 3 tahun hingga lah 6 tahun. 


"Selfie lah kau sorang-II" hahahahaha



Okey yg dari kiri tuh mcm biasa sahabat aku. Hazlina. Yg bertudung Cokelat baju harimau tuh lah Cikgu Neida. Yg bertudung pink Cikgu Fatehah dan tudung oren Cikgu Shila. Cikgu Shila dan Cikgu Fatehah nih praktikal kat tadika tuh. Praktikal dari UPSI. Yg tudung cokelat tuh Ustazah Noriah. Dia ajar budak 5 tahun. Yg tudung biru Kak Yaty. Dia mengajar budak 3 tahun. Yg sebelah nya pulak tuh dan yg bertudung hitam tuh tak sure apa nama nya. Yg pasti tudung cokelat ajar budak 4 tahun dan yg tudung hitam ajar budak 5 tahun sesi pagi.


Kali pertama guna monopod. Semua memberi respon yg baik. hahahaha.
Apa muka aku macam tuh. hahahaha Buruk nya. Okey abaikan. 


Nih kad laporang budak-II tuh. hahaha. Aku di tugaskan untuk memberi komen bagi kelas agama. So aku bagi je lah komen apa yg patut. Risau jugak if ada tersalah cakap atau tersalah tulis. haha. Alhamdullilah tak ada apa-II. 


Alhamdullilah selesai juga hari perjumpaan ibu bapa & guru. Alhamdullilah juga tiada perkara yg tidak di duga berlaku. Semua nya berjalan dengan lancar. Sekian, itu sahaja coretan cerita kisah hidup aku untuk hari ini. Maaf jika story aku tak lah hebat mana pun. Tak lah gempak mana pun. Hanya sebuah post yg ingin aku kongsi kan bersama. 
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang dengan cerita yg insya Allah lagi menarik

wsalam.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




Friday 16 May 2014

Selamat Hari Guru !!

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

16 MAY 2014 YEAY! Pada tarikh ini jatuh nya hari dimana kita perlu  menghargai semua guru-guru cikgu-cikgu sir-sir tokguru semua bagai. Termasuk aku?? Iye termasuk aku. Sekarang aku di gelar sebagai USTAZAH MATON ! *gelaran yg tak rasmi* Jadi lah kalau sekadar nak buat pengalaman. 



ヾ(^∇^)ヾ(^∇^)ヾ(^∇^)
"Jadilah orang yg mengajar,
atau orang yg belajar,
atau orang yg mendengarkan,
atau orang yg menyukai,
dan janganlah engkau menjadi orang yg kelima, 
maka nescaya engkau binasa"

SELAMAT HARI GURU 


Apa aku dapat hari guru nih??? Alhamdullilah ada lah sorang dua budak yg sudi bagi hadiah. hehe. Pada aku, aku tak minta semua tuh. Cukup lah sekadar diorang suka aku, suka cara aku mengajar diorang, suka cara layan diorang dan diorang happy dengan aku. Itu pun dah cukup. Tak minta pun hadiah bagai tuh, tapi orang dah nak bagi kita terima. hahaha! *muka tak malu*



Taaaaaraaaaaaa !!!!!!!!!!!!!
Merasa juga aku dapat hadiah hari guru !
thanx dear sbb still ingat ustazah ! 
Insya Allah akn ustazah jaga hadiah mu ini. 
tsktsktsktsk 

Iye lah kan ni kali pertama aku sambut hari guru sebagai seorang GURU. haha. Seronok?? harus lah. Kini aku faham aku mengerti kenapa kita perlu menghargai guru kita. Iye sebab mereka berkorban segala nya untuk kita. Korban masa tenaga dan suara. hahahahaha.. 




┏(・o・)┛♪┗ (・o・) ┓┏(・o・)┛♪┗ (・o・) ┓

Salah satu kad ucapan yg aku terima dari seorang pelajar 
AINNUR NAJIHA
Seorang pelajar yg aktif. Petah bercakap. Tahu segala benda. Comfedent dengan jawapan dia bila menjawab. Tapi kadang2 agak cerewet plus tak duduk diam2. hahaha


Banyak betul makanan petang tuh. Tambah pulak aku ada bawak spageti. Fuh~ bertambah lagi makanan. Tak ramai budak yg  pandai makan spageti. hihi. Diorang ingat itu mee. hahaha. Ada yg tambah sampai dua kali. Sedap mungkin. haha. Ada yg pilih untuk makan nasi. Mungkin sbb memang semulajadi tak makan spageti atau memang kat rumah mak tak pernah masak. Apa2 pun aku happy tengok diorang. Ada yg tak habis. Buang. Sayang kan. Tak pe lah. Budak2 bukan boleh paksa2. Tambah lg dengan kek. Ustazah yg keje sekali dengan aku tuh cakap, sebelum kami datang ada 10 biji kek budak bawak. hahaha. Memang stock untuk dua hari. hahaha. 



Ada budak yg bawak nuget,kuih,donut,..
hahaha lapar pulak tengok makanan nih. hahaha
jemput tengok. 

( ^-^)_旦” ( ^-^)_旦”


Kek pulak comel2. haha. Setiap kek mesti ada tulis "SELAMAT HARI GURU DARI ....." . Kek dari diorang sedap2 belaka. hahaha. Even just kek span tapi sedap. hahaha. Iye lah dah orang bagi sedap lah kan. 



"Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarah nya dimulakan oleh seorang GURU biasa,
Dengan lembut sabar nya mengajar tulis baca"

...."Guru Oh Guru"
Usman Awang....





-THE END-


Alhamdullilah selesai juga kisah cerita pengalaman aku yg tak berapa nak bagus yg tak berapa hebat seperti kisah hidup kalian yg lagi gah. Walau apa pun aku syukur dengan pengalaman yg aku miliki sekarang. 
Ada kisah yg lagi bagus yg aku nak cerita kat korang. Tentang tadika juga. haha. 
Insya Allah kita berjumpa lagi di post yg akan datang. sekian wsalam.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




 

Template by Blogger Candy