Pages

Tuesday 1 July 2014

Seremban, S2 PERMULAAN

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Sempat lagi selfie kan! hahaha! 
siapa tuh??
jeng 
jeng
jeng 
.......



Hey korang2 apa khabar?? sihat ker? semoga korang sihat2 sahaja. Maklum lah sekarang nih musim panas. Tapi aku rasa juat ada setengah kawasan sahaja yang agak panas sehingga menyebabkan jerebu. Right? Tak kisah lah panas ke sejuk ker.. semoga korang jage kesihatan. Banyak minum air kosong kurangkan minum air ais,air gas,.... Macam mana pulak dengan puasa korang?? Alhamdullilah setakat nih hari2 puasa aku berjalan dengan lancar tetapi masih ada kekurangan nya. Nak tahu apa kekurangan nya??? Relax lah dulu. Scroll scroll scroll lagi yea. hehe. So puasa korang how?? kepada yang perempuan setakat nih penuh tak?? lelaki pulak jangan ada yang membawa plastik hitam yea. Jeng jeng jeng. Ingat! Ada yang memerhati tau. Nun jauh di atas.  Okey. Berbalik pada tajuk aku. Apa yang 'please be nice' dah kenapa budak nih. Cari masalah dengan orang ker?? hm.. hahaha actually tak. Aku tak lah gaduh dengan siapa2 pun.


Yeah !!! Ini lag DR.HAMZAID. 
Kat sinih kami panggil dia ABAH.
Macam korang juga sebelum nih aku tak pernah langsung jumpa dia.
Even dengar suara dia pun aku tak pernah. Since aku dapat surat tawaran belajar bhs inggeris ini kat
kawasan dia. Baru lah aku tahu siapa dia nih. Pada dia hanya nak menolong pelajar2 STPM yang tak dapat result yang tak berapa bagus untuk terus maju ke hadapan. Bagus lah kan. Hanya ALLAH yang tahu niat dia. 


Apa tuh?? iye aku rasa semua student STPM satu Malaysia pasti dapat surat dari Dr.Hamzaid nih. Aku rasa lah. Actually ini program Bahasa Inggeris selama dua bulan. Jadi lama jugak kan. Padahal belajar BI je pun. Banyak jugak lah dugaan nak decide nak pi ke tak program ini. Macam2 fikir. Sehingga kan sampai satu tahap aku buat buat solat istiqarah. Hahahahaha!! mesti korang gelak. I think. hm.. Itu pun nak solat istiqarah. podaahhhh !! hmm. Alhamdullilah esk nya selepas aku solat istiqarah tuh hati kuat teguh sangat nak pergi. Tiada lagi perasaan 50/50. Even just mulut jer yang kata Insya Allah tapi hati aku kuat mengatakan yang aku akan pergi.

Allah dah bagi jalan nya. Tunggu kita jer untuk ikut nya. 
Alhamdullilah. Aku dah lakukan. 
anda bila lagi??
Aku nasihat kepada sesiapa sahaja di luar sana yang memerlukan bantuan tapi
tiada insan yang memahami kalian. Cari lah DIA di tengah malam. 
Insya Allah DIA ada untuk membantu anda, untuk mendengar luahan hati anda.
Cuba nye syg syg sekalian. 

Apa yang buat aku begitu teguh nak pergi. Aku teringat satu ayat nih kat wall FB. Hm hm hm hm *selak galery fon* tak ada lah ayat tuh. Aku dah lupa. Tapi satu ayat nih yang aku ingat "Sesungguhnya menuntut ilmu di dalam islam kan di haruskan" am i right?? so since aku solat istiqarah aku berpegang teguh pada ayat tuh. Dan kerana ayat itu lah yang membuat kan aku kini berada di Seremban S2, N.SEMBILAN selama 2 bulan.



Ini lah empunya dana ini.
DR.HAMZAID


Bila kau masuk?? bila kau daftar? bukan ke sekarang bulan puasa. iyup ! sekarang nih bulan puasa. Kini hari KE-4 kita puasa. Alhamdullilah aku baik2 jer kat sinih. Makan minum semua berjalan dengan lancar.. just ada lah sikit prob dengan kewangan. Biasa lah kan. Duduk asarama. Even elaun di beri setiap bulan RM200 tapi pada aku penimatan tuh sangat lah perlu ada. Jadi makan minum aku sepanjang puasa nih memang aku bajet betul. Berbuka pun mungkin akan di surau sahaja, Save sikit bajet. Elaun yang di bagi boleh jugak aku beli barang raya nanti. hihi. Dia juga menawarkan program sehingga ke Sabah Serawak. Hahaha. Seronok dapat sembang dengan budak SS nih. Pekat betul bahasa mereka. "kamu kenapa bah" "Aku tak tahu itu" hehe. Comel !

Tak kan nak sembang jer kan. Mesti korang bosan kan. Pot pet pot pet jerrrr.. Tak ada gambar ker?? iye ada je gambar nyea, Tapi kene tunggu lah post aku yang seterus nya. Baru lah menarik. Plus baru lah korang rajin skit bukak blog aku nih. hihih. perasan kejap kan.




 YEAH !! nih salah seorang roomate aku.
Suhaila. Anda boleh panggil Su.
OPS !! dia dah bertunang k. 

Lepas tuh?? Macam nih lah. Esok aku masukan lagi lagi lagi dan lagi cerita yang lagi lagi lagi best. Hihi. Sebab dah larut malam kan. Kunk tak sahur pulak aku kan. Korang tunggu lah aku esok. Esok aku nak cerita lagi. Betul lah. Kalau cerita sekarang tak best lah. Sebab mesti korang dah ngantok kan. Kepada pembaca setia blog aku * cis! ada ke yang setia membaca nya T_T* nanti kan story aku di pos akan datang yea. Mohon maaf andai ada salah silap typo banyak ker. Maaf sebab kisah hidup live story coretan pena aku tak seberapa sangat. Tak lah sehebat coretan kisah hidup kalian yang lagi gah gitu! 


Sekian salam sayang gembira happy sad untuk kalian.

Assalamualaikum..


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


0 comments:

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy