Pages

Thursday 18 February 2016

Tips Berniaga

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG, JANGAN KENA MATAHARI

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nk kamu lakukan.

1.BILA KAMU BERNIAGA ,JANGAN KUTIP HUTANG
2. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. 

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik : 
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. 
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.

Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

* Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan MENTAFSIR  sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah. 

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhamamad sa, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Kredit : Hidayatul Karimah

#bahagiandakwahjakim

I'm 

Friday 15 January 2016

Solution

Finding the answers to a mathematics problem.

There are many paths to the solution. 

Choose the simplest way first. 

Bercerita

Suka.
Manusia bercerita bila sesuatu yg melibatkan mereka. 
Manusia bercerita bila melibatkan sesuatu yg mereka suka. 

Apabila manusia mula bercerita tentang seseorang?? 
#kaurasa

Thursday 14 January 2016

Experience

Pengalaman. Tak da pengalaman??? Kita ada kan jugak pengalaman tuh. 

Sementara masih bernafas kutip lah pengalaman tuh sebanyak yg mungkin. 

Pengalaman yang mematangkan kita sebagai seorang manusia. 

Pengalaman mengajar kita bagaimana jadi seorang yang sabar. Tabah. Cekal. Tegas. Dan....

Pengalaman memberitahu kita betapa hebat nyeeee kuasa Allah SWT. 

Sekurang nye ada cerita yang nak di cerita pada anak cucu nanti. 

Perhatian

Iyep. Manusia mmg nak kan perhatian. Tak kira lh lelaki atau perempuan. Kenapa erk?? 

"Terima kasih sbb awk tak pernah tak ada utk saya" 

Thursday 7 January 2016

Just be nice

Just be nice.
Iye. Buat lh baik dgn siapa pun. Jgn menilai orang itu hanya dari sudut penampilan. Sifat. Caranya. 

Tapi...

Just be nice.
Just be nice with ur mind. Just be nice with ur eye. Just be nice with ur mouth. 

Manusia ni banyak sifat nye. Sifat yang di sembunyikan. Sifat yang memang utk di pamerkan. Sifat mana yang akan kita prefer?? Sbb?? Manusia akan sentiasa menilai manusia lain melalui sifat manusia lain. Tidak kira sama ada sifat yang memang di sembunyi atau tidak. 

Manusia akan berhenti sehingga ia terkena dengan batang hidung sendiri. 
Kelu. Terdiam. Speechless. 

It's okey. Aku pun manusia. Just be nice. 🌹

Manusia

Iye manusia. Kau aku kita smua manusia. Mempunyai ragam yg sama. Nak kan perhatian. Mahu semua benda ikut apa yg kita inginkan. Yg sentiasa rasa semua kita sentiasa betul. Yg rasa diri ini yg terbaik seolah2 tak pernah buat salah. Hmmm

Iye manusia. Kau aku kita semua manusia. Yg memang mempunyai perasaan semulajadi yg di kurnialan. Alhamdullilah. Perasaan sayang. Cinta. Benci. Marah. Sakit hati. Cemburu. Fed up. Rimas. Sedih. Kecewa.

Iye manusia. Kau aku kita semua manusia. TAK AKAN PERNAH TERLEPAS DRPD MENJADI SEORANG PELUPA. Ia pelupa atau lupa. Yg lupa kenapa kita hidup. Yg lupa kenapa belajar. Yg lupa kenapa kita boleh jadi mcm ni hari ini. Ia manusia itu sering lupa. Lupa bahawa di saat kita bergembira bersuka ria bergelak ketawa ada org lain yg sedang bersedih meraung mengenangkan hidup mereka tak seindah kita pada hari ini. Ia manusia sering lupa. Lupa bahawa dia pernah menjadi sebahagian drpd hidup org lain.

Iye manusia. Kau aku kita semua manusia. Manusia yg sering lupa apa mksd HARGAI. Manusia hargai bila ia mula tiada disisi lg. Iye manusia lupa utk menghargai orang sekeliling. Cepat lupa segala kebaikan kesusahan kesenangan yang pernah dilakukan bersama. Kenapa??? Sbb memang manusia itu cepat LUPA. Ia mula dtg apabila ia di perlukan. Kenapa??? Sbb itu g sifat manusia tidak  apa itu HARGAI.

Iye aku tahu. Aku juga manusia. Aku juga mempunyai sifat itu. Sentiasa ada. Salam. 🌹
 

Template by Blogger Candy