Pages

Monday 2 June 2014

Trip to PAHANG

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Hey kalian kita bertemu lagi. Cuti sekolah dah mula kan. Lama betul cuti sekolah. Terasa lama nya. Mungkin sebab aku tak lagi bersekolah. hahaha. Cuti nih kami pergi ke Pahang. Rumah opah. Kira nya balik kampung lah nih. Ada kenduri. Mak saudara kahwin. Alhamdullilah segala nya berjalan dengan lancar. 


Alamak gambar tak berape nk bagus. MAAF ! 

ARGH !!!!!!!!!!!! Semua karya aku dalam fon hilang ! argh !! Fon problem. Habis semua gambar hilang. Semua gambar sepanjang kenduri di kampung hilang !! hilang! jadi aku terpaksa kumpul semula gambar dari ibu ayah dan mak saudara aku. hm. Tak kisah lah aku cuba masukan gambar yg ada untuk tatapan kalian. Kenduri kali nih berkonsep kan gotong royong. Biasa lah kampung kan. Gotong royong, semua orang kampung datang memasak. Fuhh. meriah betul. Tapi syg aku tak ada gamba tuh. 



Raja sehari pada hari itu. Sama cantik sama padan. 

It's okey aku akan tetap terus kan bercerita. Aku belum dengar lagi akad nikah dan bersanding dibuat pada hari yg sama. Iye itu lah yang berlaku kat kampung aku. Lain cara mereka. Esok nya kenduri, pagi tuh pkul 10.30 baru bernikah bagai. Alhamdullilah dengan sekali lafaz. 2 jam lepas tuh dalam pukul 12 lbh bersanding pulak. WOW ! macam menarik. hihi. Sangat. Just macam kelam sikit. Sebab pada pengantin lah nak tukar baju lagi, meka up bagai. Biasa lah tuh lain orang lain cara nya. Perkahwinan yang simple tapi nampak meriah. Tema nya pink putih. Cantik! Warna nya lembut. 



Tiba masa untuk potong kek pulak. 

HA ! Itu kek buatan ibu sendiri. hahaha. Kek cokelat. Terbaik ! Sedap! See walaupun majlis nya simple tapi cukup meriah. Tengok dengan lampu nya kerusi nya. wah~~ hahaha Aku kahwin nanti macam mana lah erk. *tayang gigi* Nih mak saudara aku. Actualy opah aku kahwin tiga kali. Kalau tak silap aku lah. Yang pertama dengan arwah atuk aku yang kat manjoi. Yang kedua meninggal rase nya. Yang ketiga yang sekarang nih. Dan yang pengantin perempuan tuh lah anak nya. Ada dua orang perempuan tiga orang lelaki. Yang perempuan semua dah kahwin dan just tinggal lelaki sahaja yang belum kahwin. Ke Pahang lagi lah aku. hahahaha. 

Yang tudung Hitam pink tuh lah opah aku. 
yang baju pink dan pengantin adalah mak saudara aku. 
yang budak kecik dua orang bawah tuh anak mak saudara yang baju pink. 
yang baju ungu ...... UNKNOW

Orang cakap kahwin tuh seronok. Iyelah bila semua dah jadi halal. Semua nya seronok. Bagus. Sekurang nya tiada berlaku perbuatan maksiat atau zina. Nauzibillah. Minta di jauh kan. Tapi sebenarnya bukan itu yang di maksudkan sebuah perkahwinan. Perkahwinan yang sebenar adalah kehidupan kita selepas itu. Iya. Itu baru dinama kan perkahwinan. Tanggungjawab, setia, tolak ansur antara satu sama lain, jujur, percaya antara satu sama lain, tiada rahsia, no more ego...... Macam2 lagi perkara yang perlu kita tempuhi. Pada apa yang aku pernah baca kita tak akan kenal pasangan kita yang sebenar sehingga lah kita duduk sebumbung dengan kita, tidur sekatil dengan kita. Iya. Betul. Apa yang kita nampak sekarang hanya lah luaran sahaja. Jika dulu kita kenal dia seorang yang pendiam, pemalu namun selepas kahwin baru lah kita tahu siapa sebenar nya pasangan kita, samada seorang yang panas baran, egois,... Iya. Saat itu kesabaran, keimanan kita di uji. Adakah kita terima seadanya pasangan kita atau sebalik nya. Jadi pada pasangan yang kat luar sana, aku nasihat satu jer "JANGAN MENCIPTA KESAKITAN KAU SENDIRI" Faham tak maksud nya. Meh aku terang kan. Maksud aku ialah jangan mencipta kesakitan kau sendiri apabila kau menaruh sepenuh kepercayaan, harapan kepada pasangan korang tanpa ada perasan ragu walau sedikit pun. Jangan !! tolong ! Pasangan korang yang sekarang belum tentun adalah jodoh kalian. Jika ia, alhamdullilah. Tapi jika bukan HOW!! tak ke korang sakit, sedih,kecewa sehingga nak buat benda yang jauh dari jalan Allah. JANGAN ! korang boleh jer couple *bukan bermaksud aku galakan bercouple.* tapi jangan terlalu percaya 100% pada pasangan korang. just 50/50 sahaja. Just untuk menjaga hati korang, dan diri korang. TAKE NOTE OKEY !


 
Itu semua mak saudara aku. 
Kecuali yang tudung merah tuh opah saudara aku. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.



Bila dah snap dengan monopod. macam nih lah jadi nya. hahaha !

Seronok bila kenduri nih. Rajin2 lah tunjuk muka yea bila ada kenduri kendara tuh. Sebab bila kita pergi kenduri orang/saudara insya Allah bila time kenduri kita mereka akan turut datang. Tak kira lah kenduri apa sekali pun. Tak salah kan kalau datang sekadar tayang muka atau just datang makan. Sekurang nya bila orang tanya kita cakap datang. Kenduri nih lah tiba masa nya kita jumpa semua saudara yang jauh2 belaka. Kita juga boleh kenal antara satu sama lain. Dari tak rapat menjadi rapat. Dari tak kenal boleh kenal dan menjadi rapat. Ini lah di kata kan mengeratkan silaturahim. hihi



Warna pink hantaran dari pihak perempuan. Yang warna biru hantaran dari pihak lelaki.
Simple but still cantik.


Ini lah keadaan suasana luar kawasan rumah. Apabila pihak lelaki datang untuk bersanding. 



Hahahahaha kenapa muka aku macam tuh. Bila dah dapat monopod plus camera pun dah cukup. 
Berselfie je kami. Tak henti. hihi. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
THE END 
.
.
.
.
.
.
.
.



Cukup lah kisah cerita aku untuk kali ini. Eh !! nanti dulu siapa cakap dah habis holiday aku kat Pahang nih. nope ! belum habis lagi. Aku ada cerita yang lebih menarik lagi. Tunggu lah post aku yang seterus nya. 
jeng jeng jeng !

Assalamualaikum 

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥











0 comments:

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy