Pages

Sunday 15 December 2013

Jamuan PRA-U 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم


taraaaa !! 

┏(・o・)┛♪┗ (・o・) ┓┏(・o・)┛♪┗ (・o・) ┓┏(・o・)┛♪┗ (・o・) ┓

Ini punya gambar kisah pada 11 okt 2013
Hahaha kisah bulan okt baru sekarang aku cerita. Tak kisah lah semua tuh. Hanya nak kongsi saat gembira bersama kawan2 di f6. Banyak yang kami lalui di f6 nih. Pelbagai onak duri kamu lalui. Cis poyo je ayat. Okey, kehidupan di tingkatan 6 bukan lah sesuatu yang boleh di pandang rendah, Ada setengah masyarakat luar pandang rendah pada tinngkatan 6 nih sebab tingkatan 6 nih budak sekolah. Masih ada tittle "budak sekolah" ohh come on. please tukar cara pandangan anda. Better sekarang bukak Geogle search tentang Kebaikan tingkatan 6 nih. Tak semua orang boleh bawak pelajaran di tingkatan 6 nih. Perlu ada semangat yang tinggi, azam dan usaha yang lebih. Aku masuk tingkatan 6 nih pun sebab kawan aku eyqa (tak kenal kut) yang galakan masuk tingkatan 6 nih. Kalau tak memang aku tak tahu langsung pasal tingkatan 6 nih dah kemungkinan aku akan masuk politeknik. Alhamdullilah rezeki aku disini. 
Belajar di tingkatan 6 banyak yang akan korang belajar. Tentang dunia politik ekonomi sosial sejarah everything tentang persekitaran kita yang aku rasa mungkin agak susah korang tahu even hanya semua maklumat hanya di hujung jari. Kadang2 sesuatu maklumat memerlukan penerangan. Tak semua kita perlu faham hanya dengan apa yang kita baca. Aik faham ker? okey abaikan. Contoh macam sub Pengajian Am korang akan belajar tentang politik yang aku rasa macam pelajar yang ambik kos undang2. Aku rasa lah. Sebab belajar pasal mahkamah, pilihan raya, menteri sape jawatan yang paling tinggi apa tugas parlimen bla bla bla.. Kalau ekonomi lebih kepada ekonomi lah. Hahaha. ops! okey maaf. Kalau ekonomi, rasa nya aku lebih faham tentang bank, insyurans, tentang kewangan dunia, apa kerajaan akan buat kalau negara kekurangan wang, kenapa mata wang negara merosat kesanya kepada masyarakat bla bla bla.... aku akui bukan senang nak belajar tapi kalau kita dah set mind "AKU BOLEH" insya Allah kita pasti boleh dan apa sahaja yang kita buat akan menjadi mudah. 

Eh dah jauh aku terpesong nih dari tajuk asal. hahaha hanya mencerita tentang apa yang aku belajar di tingkatan 6 yang aku rasa aku tak mungkin dapat di luar sana. Jamuan kami pada tahun nih buat kat HOTEL Excelsior Ipoh Dari apa yang aku tahu jamuan sebelum nih pun buat kat hotel tuh. Kami buat jamuan Hi Tean. Menu minum petang yang aku rasa tak macam hi tea pun. Hahaha apa yang ada? jap nye.. 


        Hotel Excelsior Ipoh




Hahahaha banyak kan apa yang kami ambik hehe. eh Alhamdullilah habis lah
juga apa yang kami makan. (^-^)旦


Petang tuh macam macam gaya ada semua nya segak segak comel comel. Itu lah lah melambang kan kami sebagai Tingkatan 6. Eh.. hahahah

Itu rakan sekelas aku yang perempuan. Lelaki? tak dapat di kesan. hehehe.

Haha nih bahagian kami. Meja kami. Depan makanan pulak tuh. hihi

Itu lah Guru kelas kami. Cik Pushpalatha
Dan yang bagi hadiah tu Penyelaras tingkatan 6

Ni kawan sekelas aku yang dapat di selamat kan. haha
Mohd Shazrif..

Hm yang nih bukan rakan sekelas tapi still kawan aku. hihi
aku panggil dia Sarsi (hm betul ke eja. hm hm hm )

Hahaha boyfriend? silap lah korang. haha Mereka kate sekali imbas muka kami sama.
Sama ker? entah lah aku rasa macam jauh beza jer. Sama ikut celah mana entah.
Eh lupa nama dia Mohd Fazly bin Soid. Kawan aku jugak sejak tingkatan 4, 5, 6. Cuma di tingkatan 6 nih
kami tak sama kelas tapi kami still banyak membantu terutama dalam Persatuan Pengakap Kelana.

PEACE ! hahaha Ini pun kawan aku. nama? hm.... sebenarnya tak ingat nme dia apa.
atau lebih tepat tak tahu nak eja nama dia lebih tepat complicated. hehe. apa2 pun ciri orang nya comel pelawak setiap kali lalu depan kelas aku mesti panggil "eg !" hahaha.

chak !! ♥♥♥ 
itu semua rakan perempuan sekelas aku. Comel, cantik, montel, hahaha.
Banyak kenangan dengan mereka. Macam2 gelagat dengan mereka. Even kami dah 19 tahun tapi bila
dalam kelas tuh kami macam budak 9 tahun. Sembang gosip perkara yang tak penting. Gelak sampai kecut perut, berair mata. haha. Okey ada satu since yang sampai sekarang aku tak boleh lupa. Rasa nya hanya aku dan eg sahaja yang tahu. Since lepas waktu rehat rasa nya. Gomez (aisyah abu bakar, yang pakai baju hitam tudung hitam tu) dimana dia gelak sambil buat gaya nak tembak org tuh. ala nk cerita kat korang pun tak tahu macam mana. Ala bayang kan lah erk. hahahaha. Sampai sekarang aku still ingat.Okey ada satu musim ni Awan (marliana zailani, yang pakai tudung oren kuning tu) bila dia demam plus sakit tekak. suara dia memang rock. Sampaikan tak ada suara langsung dan bila dia bersuara..... jeng jeng jeng.. memang tergelak kami... Anis ( sebelas Awan yang tudung macam peac tu) reaksi muka dia mase takut kucing. hahaha Pernah sekali tu kucing masuk kelas kami tengok muka dia relax je sekali kucing mai kat dia megelupor dia plus muka dia yang paling lawak yang aku rasa aku dan eg sahaja yang nampak mungkin. hahahah
iye itu lah kami di tingkatan 6 Atas 2. Mungkin kami tak dapat kumpul bersama lagi jika ada sekali pun tak akan sama masa kali pertama kami berkenalan. 

Eh nape tuh ada orang gadiuh ker. hahaha.

Diorang ni ni pun bergaya sakan. haha

Yang berdiri tuh pun kawan aku juga. Nama nya Amarjit. jeng jeng jeng..
Dia nih baik peramah ~(˘▾˘~) ~(˘▾˘)~ (~˘▾˘)~


Apa teacher yang pi nyorok belakang tuh. hahaha.. (✌◠▽◠) ☜(ˆ˘ˆ)

Yang nih kawan aku. Puteri Farah Nadiah yang kat sebelah tu cikgu p.am kami. Puan Siti Sarah


Lahh awat tersorok kat situ. Nak malu apa nya. haha
okey yang baju putih tu Azman. Boleh panggil man.





Ini lah kami pada petang itu. Macam2 gaya ada. Semua nya comel2 handsome2 cantik2. hahaha
Ada bagi cenderhati dari guru2 dan bagi yang terlibat dalam persatuan ada bagi penghargaan.
Kami tahu gaya kami nih tak lah sehebat function yang kat u poli kalian tapi kami happy petang tuh. Kami bebas nak pakai baju apa berbanding terikat dengan sesuatu tema. Buka nak kate kalau jamuan yang ada tema tak okey. Okey jer. Itu pun bagus. Cuma kami nih masih di bawah tittle "budak sekolah" mana lah ada duit nak beli baju tempah baju ke. Lain lah macam budak poli budak u ada elaun ptptn biasiswa bla bla bla..
Bab makanan memang awesome ! sedap. hahahah. ada cendol. Hahaha gaya macam tak pernah makan cendol pulak kan. 

hm. mungkin ini kali terakhir kami berkumpul macam ini bersama guru2 kelas. Kalau nak kumpul lagi pun tunggu lah mase nak ambik result nanti. Setiap kenangan yang ada di tingakatan 6 ni tak mungkin aku lupakan. Iye ada hikmah kenapa kita semua berada di tingklatan 6. Untuk belajar sesuatu yang orang sebaya kita tak dapat merasa. Dalam hidup ini kita kene berani mencuba. Kalau kita tak mencuba macam mana kita nak dapat pengalaman. Banyak yang aku belajar di tingkatan 6. Terlalu banyak. Bersyukur sangat aku di tempat kan di sini. Setiap yang berlaku ada hikmah nya. Allah tahu apa yang terbaik untuk umat nya. Tinggal kita jer untuk usaha. Aku akui peperiksaan stpm bukan lah mudah. Masa yang di beri untuk menjawab kertas memang tak cukup berdasarkan soalan yang di berikan. Tapi tak apa semua tu dah pun berlalu. Alhamdullilah kami berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya. Kini hanya tinggal untuk mendapat result.. jeng jeng jeng....


ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته









Thursday 5 December 2013

H O S P I T A L

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Aku nih tak habis2 cerita sedih je kan. Bila nak masuk cerita gembira nya. haha. Relax relax ada bahagian nya. Kan aku dah cakap hidup kita selalu diuji kita je yang tak tahu. Ujian ini bukan ujian yang besar2 sahaja yang kecil2 yang korang tak sedar itu pun di panggil ujian dari-Nya. Kalau berdasarkan tajuk mesti korang pelik hospital lagi? mak dia sakit lagi? hm.. Bukan mak aku yang sakit tapi giliran aku pulak yang masuk hospital. Aku sakit apa? teruk ker? sampai masuk hospital bagai? ke tahan wad ker? 

Iye aku di masukkan ke hospital dan di tahan di wad untuk kali yang pertama dalam hidup aku. Sejarah hidup aku. Sebelum ini aku begitu yakin yang aku sihat sihat sahaja. Siapa sangka tiba2 aku sakit dan masuk hospital. Bila sebut hospital bukan lah perkara yang boleh di buat main2. Kenapa aku di masukkan ke hospital? Sebenarnya benda nih dah lama cuma aku yang perasan dan anggap sebagai biasa2 jer. 

Kisah nya bermula selepas hari koperasi di sekolah aku. Mase tu aku nak pi derma darah. Sebab aku mmg suka derma darah. Beria je ajak membe bagai pi derma last2 aku yang tak boleh derma. Sebab aku tak boleh derma?? Dr. tu kata aku ada tekanan darah rendah plus darah tak cukup dalam badan. WOW aku pun tak percaya aku tak cukup darah biar betul. hm. Selepas hari koperasi tu kecewa tak dapat derma kan darah masih menguasai diri aku sampai membawa ke demam. Demam pulak bukan jenis kejap2. Tak. Aku mula demam mase nak mula bulan Ramadhan. Fuh.. dugaan betul. Pagi pergi ke sekolah okey jer tapi bila masuk kelas duduk pulak bawah kipas aku jadi sejuk.Sejuk dalam sejuk tulang kalau pernah demam tahu lah kut macam mane rasa nya. Pulak tu aku duduk bawah kipas. Aku terpaksa  minta kerjasama kawan untuk perlahan kan kipas. Bayangka aku sejuk sehingga tangan biru padahal bandan panas jer. Nak cakap pun susah. mengigil badan tahan sejuk. Entah lah tak tahu mana silap nya. Bila balik sekolah pun aku rasa sejuk padahal cuaca panas jer. Bayang kan lah tgh terik tidur guna selimut, betapa tahan sejuk punya pasal, sampai kan ayah pun pelik. "kamu tak panas ke".

Selama sebulan lebih aku dalam keadaan macam tu. Aku demam on off on off.. Hari ini tak demam tapi esok balik demam macam tu lah berturutan sehingga lah ayah soh ibu bawak aku prg hospital. Kebetulan pulak aku ada mak saudara keje sebagai jururawat, jadi dia lah yang uruskan. Bawak aku jumpa dr. yang kebetulan kawan dia juga. So, senang lah sikit. Aku ingat lagi malam aku di sahkan untuk tahan di wad. Mula nya relax jer, sampai je kat katil aku jadi diam... Selepas terawih ayah dtg bawak beg baju bagai. Sorang pun tak tahu aku masuk hospital. Iya sorang pun tak tahu even sahabat aku. Satu aku tak nak diorang tahu sebab mase aku masuk hospital tuh masing2 sibuk nak raya. RAYA?? iye aku di masukkan ke hospital seminggu sebelum raya. Kedua aku tak nak susahkan diorang, pada aku kesusahan kesedihan aku biarlah aku tanggung. In sha Allah ada membantu aku. 

Malam makin larut. Mase untuk berpisah. iya siapa tak sedih ngis kene tinggal duduk tidur di HOSPITAL. Malam tu aku sejuk. sejuk yang teramat sehingga mengigil badan. Memang tak cukup selimut yang ada sehingga aku ngis panggil 'ibu'. Namun rahsia untuk tidak memberitahu sesiapa yang aku masuk ke hospital tak tahan lama. Bila kawan aku msj bertanya aku dimana. Iya mati2 aku menafikan yang aku tak aka bagi tahu aku di hos mne sbb dia tinggal di batu gajah. Jadi kawasan ipoh di tak tahu sgt, aku rasa lah. 

Okey, keesokan nya, aku di cucuk di tangan. Untuk masukan air plus ubat antibotik dalam badan. sakit?? sangat sakit. Mase kali pertama cucuk aku still gagah kuat tahan. Tapi lama2 aku menjadi lemah, lemah sangat sebab aku dah tak tahan dengan suntikan tu. boleh dikatakan setiap hari sepanjang aku duduk kat hospital tuh dr. ambik darah aku. sakit? sangat. sbb aku dah jadi lemah. Lemah sgt.. 


Bayang kan jarum tu masuk ke dalam kulit kita yang nipis nih.




Ini lah keadaan nya di wad aku tingkat 8



Ini lah makanan di hospital  -_-



Itu ubat yang dimasukan dalam badan aku. Itu ubat antibotik yang paling kuat diorang bagi.
Bayang kan lah sampai tangan aku bengkak. 






.....



Kesimpulannya aku beraya di hospital. Sunyi? mesti lah. sedih? haruslah. hm.
Tak dapat kutip duit raya pakai baju raya.

Sekurang nya aku masih dapat merasa daging masak kicap ibu plus lemang yang
dibakar sendiri oleh ayah. Pehhh mmg sedap.. hihi. Papepun terima kasih kepada saudara2 yang sudi 
datang melawat bagi duit raya hehehe dan memeriahkan suasana di sane. 


Tak lupa juga kepada ezazi sahabat ku. Sudi juga eg dtg tengok maton kan.
Siap bawak kek lagi tuh. Eh bekas eg ada lagi pada maton.

Jeng jeng jeng tak lupa juga pada sahabat saya eyna si kecik ecah si montel dan rahman si...
Kepada eyna mohon maaf sebab maton tak bg tahu eyna awal2 yang maton masuk hospital. Eyna tahu pun drpd org lain. Niat satu tak nak susah kan eyna bagai cukup lah maton banyak susahkan eyna selama maton kawan dengan eyna. Kepada ecah nanti maton suap kan cokelat yea. hehe. Dan terakhir kepada si rahman, terima kasih sgt sebab sudi dtg dari batu gajah semata2 nak melawat saya sampai demam. Lepas tu boleh pulak buat kejutan dengan terjah saya tiba2 dan terima kasih juga kepada kawan aku puteri farah nadiah. Dalam saki2 tu sudi juga datang. Tak lupa kawan aku amalina salwa yang sudi melawat even sekejap shj.

Selepas aku keluar dari hospital macam2 ubat ibu beli untuk tambah ka darah semula dalam badan aku. Jujur aku cakap aku tak makan pun ubat tuh. Sampai sekarang masih ada ubat tuh. Ibu beli sampai beratus2 untuk anak dia yang sorang nih. hahha.. Selepas beberapa bulan aku ada temu janji dgn dr. sekali lagi darah aku tak cukup dan aku di sahkan "ANEMIA". Apa tu anemia?? search lah. Apa yang aku tahu kekurangan darah dalam badan, badan cepat rasa letih, cepat rasa ngantok. Kalau kawan2 sekelas aku perasan aku kerap tidur dalam kelas itu lah punca nya. oksigen tak sampai ke otak. Dan daripada yang aku baca "jika seseorang menghidap anemia dia tak akan cemerlang dalam pelajaran" bila aku tahu benda nih, baru lah aku faham mengapa aku tak dapat nak ingat faham apa yang di ajar. Sebab itu lah aku perlu usaha lebih. Aku putus asa dengan penyakit aku nih. maaf.. mungkin sebab tak ada sesiapa yang bagi sokong. Yang ada ibu ayah yag selalu marah sebab aku tak makan ubat. Okey itu memang salah aku tapi aku tak makan sebab aku dah give up apa yang jadi kat aku. PENAT! lantak lah nak jadi apa pun. 

Tak ada sesiapa yang nak bagi sokongan? Aku tak salah kan orang sekeliling sebab aku sendiri yang membuat pilihan untuk tidak bercerita apa2 pun kepada mereka. Sampai satu tahap aku dah tak mampu nak tanggung aku terlepas juga. Aku cuba sampai kan kepada kawan2 tapi mereka tak perasan semua tu kerana masing2 sibuk mentelaah periksa nak dekat. It's okey. Aku kuat. In sha Allah.. Sepatut nya bulan 10 hari tu aku perlu ambik bekalan ubat tapi aku tak ambik sebab ubat yang ada pun tak termakan. Sehingga sekarang aku tak tahu macam mana keadaan badan aku. Darah dah cukup ke? Sihat dah ke aku? TAK TAHU LANGSUNG!! ayah ada pesan, "kamu jgn ambik mudah benda nih. bahaya kalau kamu darah tak cukup, nanti kamu kahwin nak bersalin susah dan kalau darah tak cukup kamu senang dapat sakit"...... Entah nape apa yang ayah cakap sikit pun tak memberi kesan pada aku. PUTUS ASA??? iye itu lah aku sekarang. putus asa dalam menghadapi sakit ini. Usaha??? 

Yang aku perlukan adalah sokongan ! 



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Wednesday 4 December 2013

Ibu lagi plus Adik-2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ehem ehem ehem.. kalau post yang lepas aku cerita pasal pengakap. Mohon maaf sebab itu cerita lama yang baru sekarang aku nak cerita. Eh sekurang2 nya aku imbas balik apa yang berlaku kat kem tuh. haha. Bila ingat balik apa yang berlaku kat kem tu mmg banyak kenangan nya yang in sha Allah aku tak akan lupa kan. Dan aku sebenarnya bersyukur sgt sebab aku diizinkan Dia utk menyertai kem tersebut. Kerana ada hikmah nya aku pergi ke kem tuh. Jeng jeng jeng.... Okey stop ! skrg aku nak cerita blog baru pulak. Kalau rasa nak tahu nak baca apa cerita tuh sila teruskan bace taaaapiiiii kalau rasa tak nak bace tak terbuka lagi hati nak bace sila kan tutup page nih. sekian.. haha relax2 main2 jer. aik...

Okey kalau korang bace tajuk tuh pun korang dah boleh agak kut apa yang aku cerita. Hm. actually nih pasal ibu. hehe.. okey.. actually mase kat kem pengakap tuh hari tu ibu operation. Kalau kem tu mula jumaat, sabtu, ahad. Dan ibu operation hari ahad. Mase aku nak balik tuh. Aku dah minta balik awal kan kawan aku sorang nih.. Kalau dia bagi balik awal sekali pun aku nak balik naik apa. Paling kurang pun kene tunggu bas yang ambik kami. Okey lah tak pe lah. tunggu je lah plus doa yang terbaik. sbb niat mmg nak teman ibu operation. Dan dah bagi tahu ibu nnti akak tnggu ibu operation. Tapi tak sangka niat aku tak kesampaian. Tak pe lah. Balik je dari kem sampai rumah kemas beg bagai siap2 terus ayah bawak pi hospital. Alhadullilah. ibu selamat operation.. 

Eh lupa pulak. Mesti korang tertanya mak aku operation apa. teruk ker? sakit apa? hahaha. relax relax.. Ibu just operation kaki. Kalau korang tengok balik post aku yang lepas lepas lepas aku ada post pasal ibu xcident. So, ini lah kesan nya. doktor kata alguimin (hmm tak ingat lah nme bhg lutut tuh) rosak ke mcm mne entah. Ha.... ingat.. kat bhg lutut kita (bg sesiapa yg ambik biologi. tahu lah kut) ada satu saraf nih. So saraf tu terputus. tsktsktsk.. So tujuan operatin ini ada lah utk masuk kan satu tiub untuk menghubungkan saraf tu. Jadi sakit tuh... sakit lah jugak.. Doktor cakap selepas operat ibu akan rasa sakit. Tapi rasa sakit tuh bukan pada kawasan yang operat tuh tapi pada bhg dalam lutut tuh sebab dalam tuh dah luka. Itu yang membuat kan sakit. Actually selepas xcident ibu tak tahu pun pasal benda tuh. Sehingga lah ibu jumpa pakar baru tahu apa yg sebenarnya berlaku. Alhamdullilah Allah amsih panjang kan umur ibu. Allah masih beri kesempatan pada ibu untuk bernafas. Bersyukur sangat. 

Selepas itu, ibu berjalan pakai tongkat atau pun kerusi roda. Sedih rasa nya tengok ibu macam tuh. Macam tak percaya ibu sakit ibu xcident. Tapi ibu kuat menghadapi nya. Itu lah IBU. Semoga aku juga akan menjadi seorang ibu yang kuat tabah sabar suatu hari nanti. Amin. Ehh.. hahaha... selama ibu pakai tongkat, ibu tak boleh jalan sangat. Jadi mcm biasa tugas rumah aku yang ambik alih. Kadang2 ayah.. Jujur cakap, aku nih tak pandai memasak. Jadi bila ibu sakit aku dapat belajar sikit2 itu pun ibu yang tunjukkan. At least ada lah jgak kan belajar. Ada lah jugak pengalaman duduk dapur.wekk.. hahaha.. 

Kebiasaanya kami akan beli barang sebulan sekali.. Bila ibu sakit, tugas aku ayah dan adik2 yang belikan. hahaha.. bajet nak kurang perbelanjaan. Ayah lah buat list bagai2. Last2 tahu tak beli barang lari dari bajet. hahaha.. Terkejut ayah.. Hm..

Sekali lagi keluarga aku diuji.. iya begitu hebat ujian yang Kau berikan. In sha Allah ada hikmah disebalik apa yang berlaku. ALLAH MAHA BESAR.. segalanya telah dirancang.  الله أكبر 
Kejadian ini berlaku semasa aku dan sekeluarga membeli barang dapur. Hm.. Kami keluar ptg. Dalam pukul 6 lbh rasa nya dan kali ini ibu ikut sekali sebab ibu dan bertambah sihat. Itu pun ibu pakai kerusi roda sebab tak boleh jalan lama. Alhamdullilah rezeki kami malam tuh, ayah beli barang apa yang tak ada kat rumah. Kami happy malam tuh. Saat yang aku tak boleh lupa sehingga sekarang, aku pilih kan minyak wangi untuk ibu. Arghhh macam tak percaya. Mungkin pada korang itu pun tak percaya. Entah pape kan. hm.. Sebenarnya jujur aku cakap sebelum ibu xcident aku tak rapat dengan ibu. Tapi selepas ibu xcident aku mula rapat dengan ibu. Ada hikmah apa yang berlaku. Selepas kami beli barang, adik2 mengadu lapar nak makan. Ayah ajak makan kat Taman Meru kat mydin besasr tuh. Kat depan mydin tu ada satu kedai makan. Kami makan disitu. Kami balik sampai rumah nak dekat pukul 12 am..

Sampai je rumah, macam biasa aku bukak pintu bla bla bla... Lepas tu adik-3 masuk bilik dia.... jeng jeng jeng.. Rumah aku sekali lagi di masuki. PENCURI. Macam mana boleh masuk? tak ada org perasan ker? hm. kisah nya macam nih. Dia masuk melalui tingkap. Ha pelik mcm mne masuk ikut tingkap? dulu tingkap aku jenis yang lama tuh. Tahu tak tingkap sekolah tuh. Yang tarik tuh. Dari apa yang aku tengok cara dia masuk, first dia bukak cermin tuh, tahu kan nak buang cermin tuh dari tempat dia. Lepas dia bukak cermin tuh, dia satu playar mungkin atau sesuatu yang tajam atau asid mungkin supaya besi cermin tuh tercabut. Paling kurang untuk seorang manusia yang berbadan kecik masuk dia perlu mencabut besi sekurang2nya 2. So berkat usaha dia tuh, dia berjaya masuk. Rasa nya itu penangih dadah. Iyelah biasa nya penagih dadah nih badan2 nya kecik2 jer kering2 jer. i think. 

Apa yang hilang?... Macam biasa bila kes kecurian berlaku. Barang kemas ibu hilang. Duit syiling ayah simpan dalam tabung hilang dan fon adik aku pun dia ambik jugak. Kami memang terkejut terutama ibu. Ibu paling terkejut dan dia sedih sebab barang kemas dia hilang macam tuh jer mcm di tiup angin fuhhhh... Ibu sedih ngis sekali lagi kerana tak cukup dugaan yang ibu xcident kami di uji lagi dengan ujian seperti itu. Apa boleh buat kan perkara nak berlaku. Bukan nya boleh di sangka. Tak pelah mungkin sampai di situ sahaja rezeki kami. 

Alhamdullilah berkat ujian yang kami lalui ibu semakin sihat. dan... alhamdullilah syukur sgt aku dimurah kan rezeki aku dapat satu smartfon baru. syukur sgt. Tak sia2 sabar aku selama ini. Ayah beli kan fon ini pun sebab fon aku yang lama bagi kat adik aku. Syukur sgt.. Tak lama lepas tuh, ayah plan untuk tukar tingkap baru untuk keselamatan kami. Sebab tak mustahil kes ini akan berlaku lagi kan. So, sebagai langkah berjaga2 ayah pasang tingkap baru plus pasang cctv. JAP... ayah pasang cctv bukan untuk bangga atau nak tunjuk kaya bagai. Tak. Ayah pasang sebab terpaksa plus untuk keselamatan kami. Ha sebut pasal keselamatan kami. Malam yang rumah kene masuk orang tuh, actually ibu ngis sebab risau kan aku balik sekolah dan seorang ddk rumah. So dia risau lah kalau apa2 jadi kat aku sbb aku ni jenis lepas balik sekolah mesti tidur. hehe..

Elok selepas ibu baik dari operat tuh, adik aku yang ke 2 pulak patah tangan. Sekali lagi kami di uji. Main bola. Jaga gol. Pegang bola salah. Tulang dia patah 9 rasa nya. Hm. Nak buat macam mana ka Allah syg betul kan kami. Alhamdullilah tangan dia dah beransur pulih. Mula nya memang tak sangka. Macam2 berlaku pada keluarga kami. Tapi kami tetap bersyukur sekurang-kurangnya keadaan kami lebih baik daripada mereka yang tidak bernasib baik seperti kami. Alhamdullilah sekarang semua nya telah pulih semula. Namun, kehidupan kita nih tak selalu berada di atas kadang2 berada di bawah juga suatu hari nanti. Selalu lah ingat Dia walau dimana kita berada supaya kita tak lupa akan wujud nya alam akhirat dalam melakukan sesuatu. Banyak yang kami belajar dari apa yang berlaku terutama aku. Sebagai anak sulung perempuan pulak tuh bukan senang nak tanggung beban anak sulung walaupun perempuan. Menjadi contoh kepada adik2 adalah tanggungjawab aku membahagiakan ibu ayah juga adalah tanggungjawab aku. Aku cuba lakukan yang terbaik untuk membalas segala jasa baik mereka membesarkan aku yang tidak ternilai.

Itu lah kaki ibu aku selepas operation. Ibu kate bnda tuh berat. Tapi doktor kate benda tu penting 
bagi bahagian dalam tuh kekal dan sembuh..

Itu pulak bahagian2 lutut ibu. Yang dua besar tu lutut ibu dan yang panjang nmpk macam paip tu lah tiub
yang mencantum kan semula saraf ibu. Hm faham ke. Kalau korang dulu ambik sub biologi mungkin
faham lah kut. Aku ni lemah bab biologi nih.


Ini lah adik aku yang ke 2. Maaf lah gambar tak berapa jelas. Sebab yang ambik gambar nih
ayah aku. hm..


Rasa nya cukup lah sampai disini aku pot pet pot pet pasal tajuk nih.
Terima kasih kepada yang sudi baca cerita kisah hidup aku.
Walau pun apa yang aku cerita tak ada kene mgena pun dengan korang tapi cuma nak
kongsi kisah cerita hidup aku.
Sekian itu sahaja dari aku.
Sehingga kita bertemu lagi di lain tajuk.
Kalau ada apa2 nak komen silakan.
Kat bahagian sebelah tuh ada ruang chat, 
nak chat pun boleh.
Nak komen kat bawah tuh pun boleh.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

(✌◠▽◠) ☜(ˆ˘ˆ)



Sunday 1 December 2013

Pengakap Kelana- Part II


Selamat sejahtera

Assalamualaikum

Bismillahirohmanirohim                                        ♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫

Mohon maaf aku telah menghilang untuk sekian lama nye. Sibuk dgn f6. study, exam, ass.., aktiviti club, persatuan bagai.. fuhhh mmg tak blh bayang kan betapa sibuk nye aku.(*hahaha poyo je ayat kan*) Disebabkan aku dah kembali ke alam maya ini jadi aku akan sambung semula menaip segala memori kenangan segala kenangan ke atas segala kenangan yang ada dalam otak aku nih. Update blog nih bkn mcm update status kat fb, twitter, atau instargram.. update blog nih perlu type dgn penuh perasaan hahaaha. iye lah bila kita mencerita kan sesuatu kat sini pasti ada sesuatu yg gembira sedih dan perasaan itu mempengaruhi kita ketika menaip kan... *apalah yg aku merepek nih. okey abaikan.

Actually sepanjang aku di f6 terlalu banyak benda yang berlaku dan aku nak sangat sangat sangat kongsi dgn korang. wlpn pada korang apa yang aku cerita ini tak ada kene mengena dengan korang pun. Tak kisah lah semua tuh. Kalau korang scrol balik post aku yang lepas aku ada cerita pasal pengakap kelana.

Rasanya dalam post aku yg lps aku ada cerita latar blkg pengakap nih. Persatuan pengakap ni adalah persatuan yg wajib bg kami di f6. jadi mmg wajib lah untuk kami sertai segala bagai kem. eh iye ker wajib...... hm... sebenarnya tak lah wajib mana tp bila fikir kan balik sijil markah koko bagai penting bagi kami di f6 nih nak tak nak kene jgak join.Ala bukan teruk mana pun kem nye. hahaha tak teruk????? okey kalau post aku yg lps aku baru cerita pada permulaan nye shj. belum lagi masuk kisah pertengahannya lagi dan juga penamat nya.

Kalau post aku yg lepas aku cerita mgenai kawan2 aku kan. sambungan nya jeng
                                                                                                                    jeng
                                                                                                                    jeng.....



Yg itu tugas kami yg pertama agihkan makanan kpd bdk2. mmg leceh sikit keje dia sbb meleket jgak lah tangan cedok lauk bagai bg kat bdk2 tp best. haha seronok tengok diorang. Ada yg setengah tuh makan pehhhh mcm perut buaya. hehe penuh pinggan tuh. harap je badan kecik makan mcm makan sepuluh 10. Terutama bdk cina ada yg mkn 2 3 kali mkn jgak lah. hm. agak nye sediakan bekalan utk tgh mlm nnti kut. mungkin lah kut. Kami agihkan makanan utk bdk2 last2 kami yg tak dpt mkn. hahaha =.=''

Rasenya ini bhg untuk agihkan kumpulan. deme kena buat apa erk.... hm.. tak ingat lah.
Rase nya buat menara apa entah guna lidi benang yang dibagi. Lepas tu.... aghhh aku tak ingat. Tapi betul lah rasanya. 




Ini bahagian mereka yang duduk dalam bilik... so diorang bukan duduk sahaja ada kerja yang menanti mereka. Sampai ada yang sempat pose. 

Okey itu kawan aku nailul. Kenal kan.. Dia ketua bahagian itu. Bahagian apa?? hm...
Bahagian tu lah... 

Rasenya ini mase adik2 nih ambik ujian. Rasanya lah..


Hahahah time to makan makan. Eh jangan silap yang itu makan hasil daripada adik2 menengah yang masak. Dan rasa nya diorang bukan masak guna dapur gas. Guna...... ala cara orang lama masak. Guna kayu api tuh. Gambar yang pertama tuh time to rasa rasa makanan. haha Apa rasa nya tak tahu lah kan. Ada jugak yang sempat pose. Gambar yang ketiga ada dua org bdk lelaki. yang sorang nailul kenal kan. Yang sorang lagi abg man. hahaha. tapi abg2 kakak2 kelana tak panggil dia man. Eh lupa nme penuh nya rahman. ha. Diorang tak panggil si rahman nih dgn man atau rahman. Tapi dia ada panggilan istimewa atau lebih tepat panggilan manja. hahaha. "COMEL" atau dalam bahasa inggerisnya "CUTE" hahah. Sejarah knp di panggil mcm tu. Dgr cter sbb dulu nya dia comel.. haha comel ke tak ?? korang nilai sendiri. 




READY TO JUNGLE TREKKING  !!!
*jungle lah sangat...... 

Mungkin disebabkan mereka nih still bdk2 so buat nye kat kawasan yg tak lah terlalu JUNGLE. :D
tak kisah lah kan. yg pasti budak2 nih enjoy. Yang pasti kami nih yg penat jenuh juga lah mengarah deme
berjalan dalam satu barisan. haha. siap ada lagi yg mengusik. kata akak umur bpe? akak dari sekolah mane? akak kita nk prg mane nih? jauh lagi ke kita nak berjalan nih? penat lah kak? akak nih cantik lah? ehhh...
hahahaha tak terlayan pertanyaan mereka. tapi serius seronok layan mereka. comel coeml belaka. ♥♥♥

see walau pun selepas penat berjalan diorang sempat lagi pose. haha. 


ops !! maaf. Tumpang lalu. ッ

Yang tudung mcm ungu sikit tuh teah dan yg cokelat tu atul. Rasanya dalam post yang lepas aku adacerita pasal diorang nih. 

Nih mase kami dah nak balik rasanya, haha sempat lagi kan kami pose. 
selagi camera di tangan kami ada je telatah gelagat kami. 
Iye saat ini ketika ini bila teringat balik apa yang berlaku kat kem banyak kenangan nya.
Dan ketika aku menaip aku sedar bahawa saat itu tak akan kembali. TAK AKAN !!
P/S kpd mereka yg membaca blog aku nih... please sgt tolong lah hargai setiap detik setiap saat
setiap minit korang dgn sahabat korang kawan keluarga dan orang tersayang sebab saat 
yang korang alami sekarang TAK AKAN kembali lagi dan jika kembali sekali pun tak akan sama dgn apa 
yg korang alami utk yang pertama :')

Ada ajer idea kami. Asal ka dapat pose ada kamera ada jurugambar semua jalan.


Di setiap gambar ada cerita nye yang tersirat yang kadang2 tak boleh di luah kan oleh kata
atau apabila kita menaip nya. 

Ini tugas kami mase lekat penanda tempat wuduk perempuan dan lelaki.
Bace diolag di bawah berdasarkan gambar 1 dan gambar 2
Gambar 1 Eyna : "atul bg lah cepat. nak lekat benda nih. kunk deme marah kita buat lambat
                             Atul  : "........."
            Gambar 2  Eyna : "eeerrr atul nih lah. aku cakap dia buat kayu pulak. kunk ada yg kene ngan aku.                                              huh! "
                            Atul   : " boleh sabar tak eyna."

Chak ! Ini pulak tugasan kami yang kedua. pada keesokan hari nya. Hm agak2 nak tahu tak apa yang kami lakukan. Hm. kami diarahkan untuk membuang bulu AYAM lemak ayam bagai. Rase nye dalam 40 ekor ayam kut. Tak ingat. itu lah tugas kami dari pagi tuh smpai lah tgh. Jadi kpd sesiapa yg tak pandai tak pernah pegang ayam belum masak jadi itu lah masanya untuk mereka. hahaha macam2 gelagat ada. pot pet pot pet. 


what u say?

Ini aktiviti selepas jungle trekking tuh. ala lumpur nya tak ada sangat. tak kisah lah tapi yang pasti budak2 nih pun mcm seronok. enjoy. macam2 gelagat aksi diorang nih buat. Yang pasti diorang nih comel ^^v

hahaha Menyebok juga deme nih. Agak nya nak join sekali tapi badan tak cukup kecik.


Part nih yang paling best plus lawak yang teramat lawak di antara yang paling lawak.
Pelakon 1: awin (tudung hitam)
Pelakon 2 : teah (tudung ungu)
Jurugambar : aku (hahahaha, ni motif sbnr nya) 

Agak nya baru dapat gelung tuh hari tu kut. Tuh yang mcm2 gaya dibuat  nya. Tak pandang dah kanan kiri.
Perhatikan satu persatu. Comfrom korang tergelak. Kecuali korang mmg tak ada perasaan nak gelak atau korang rasa gambar ni tak lah lawak mana pun atau korang rasa gambar tu mcm annoying and whatever lah apa yg korang rase bila tengok gambar tuh. Aku cuma nak kongsikan saat gembira aku dan kawan2 aku sebab aku yakin yang teramat yakin bahawa saat tuh tak akan kembali lagi. 

Masing2 ada gaya tersendiri. Dan aku mengambil gambar untuk setiap saat apa yang mereka lakukan. Supaya selepas itu mereka dapat melihat sendiri betapa comel lawak nya diorang ketika itu. Mungkin ini sebagai salah satu cara untuk hilang kan stres mungkin. Anda yang diluar sana yang ingin mencuba aksi seperti itu pasti kan ada jurugambar yang mahir, dua org rakan anda. siap! kemudian upload kan ke dalam blog nye, Selamat Mencuba !

Ini pada malam tuh. Ada pertandingan menari kut. kut lah. Sebab aku kurang pasti ini pertandingan apa plus aku sampai lambat disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. hahaha poyo je ayat kan. Tengok lah setiap satu gambar tuh. Ada yang menari ala ala tradisional ada juga yang menari lagu k-pop. Fuhh hebat sungguh pengaruh k-pop nih. Yang tak sangka tu boleh ikut gaya menari penari k-pop. Alahai dik akak pun tak cekap mcm tu. 

Ini nyayian secara langsung dari abg abg kelana atas. Abg adi, abg bulat, abg naqib, kak anis....
aaaa errr hmmm maaf itu je yang kenal yang lain tak berapa kenal plus mmg tak tahu nk panggil apa selain "tuan"

Ha sekarang giliran hampa pulak. haha. kalau yag sebelum nih giliran kami. Sekarang giliran depa pulak. 
ahahha..

Yang nih part plg akhir di antara yang terakhir untuk yang terakhir dan untuk ending nya. 
Sekian, wsalam.






 

Template by Blogger Candy