Pages

Saturday 24 May 2014

Perjumpaan Ibu Bapa & Guru

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Perjumpaan ibu bapa dan guru??? Apa kene mgena dgn aku?? ha nih yg aku nak cerita habaq kat korang. Pada yg nak tahu teruskan membaca. Kepada yg tak nak tahu fikir cerita ini tak menarik boleh close terus page ini. Pada 24 Mei 2014  Tadika tempat yg aku kerja tuh ada buat hari perjumpaan ibu bapa dan guru. Kalau kat sekolah rendah atau menengah kita panggil Hari Bertemu Waris. Tapi kat sinih kami panggil Perjumpaan Ibu Bapa & Guru. Sama jer. 



Pada aku ini adalah pengalaman yg pertama. Biasa nya aku yg menjadi pelajar dgr cikgu bercakap tentang aku pada parents aku. Kini terbalik pulak. Perasaan dup dap dup dap tuh harus lah ada. Aku nak komen pasal anak diorang. Baik buruk diorang. haha. Tapi bukan itu yg aku risau. Aku risau kan kemungkinan ada sesetengah ibu bapa yg mungkin tak dapat terima anak mereka sekian sekian bla bla bla. Zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu. Hm. Jangan lah di jentik budak tuh. hm. 


ha !
ni budak yg paling paling nakal paling tak tahu duduk diam
paling banyak bertanya. hahaha 
NUR ASRI ISKANDAR
Result dia boleh di kategori kan teruk jugak lah. hm 
Tapi ayah dia boleh relax jer "pandai dia nih. bukan tak pandai. Fuyooo bagus asri nih"
hahaha aku tak tahu lah sama ada apa yg ayah dia cakap tuh perli atau memang terima seada nya anak dia memang macam tuh. NO KOMEN !



Jadi kelas yg aku ajar ini adalah kelas agama pada petang hari. Pada pagi hari ada kelas lain pulak. Lain masa pulak dan lain cikgu nya jugak. Pada kelas pagi Cikgu Neida yg uruskan segalanya. Dia lah guru kelas nya. Cantik orang nya, Putih. Dan bakal menjadi isteri orang 31 Mey ini. Jadi berdasarkan pengalaman aku yg aku rasa hari nih tersangat lah best. Hehe. Sbb?? Cikgu Neida terus terang derect kepada ibu bapa yg ank diorang sekian sekian bla bla bla. WOW! risau jugak penerimaan ibu bapa. Rupa nya aku silap. Sebalik nya respon dari ibu bapa mengalakan lagi cikgu untuk lebih garang. hahahahah. Bagus!! Senang sikit kerja. 


Kesimpulan yg aku dapat dari perjumpaan ibu bapa nih, parents lbh fokus kan kepada kelas pagi. Biasa lah kelas pagi akan mengajar BM, MT, BI. SN, SENI. Jadi itu lah tujuan ibu bapa hantar anak-II ke tadika. Untuk anak diorang pandai membaca dan mengira. Kalau kelas agama pulak sebalik nya. Hm hm hm. Aku tak banyak cakap pun hari nih. Yg banyak cakap lebih kepada Cikgu Neida yg komen tentang budak-II pada kelas pagi. Ibu bapa seolah tak berapa heran tentang kelas agama. Tentang jawi, pendidikan islam, hafazan.. hm hm tak tahu lah if ini hanya perasaan aku. Tapi tuh lah yg aku nampak. Hanya 40% ibu bapa yg akan kata "teruk nya kak/abg/adk pendidikan islam nih, mcm mana boleh dapat C. Hafazan nih knp sikit sgt" WOW !! hahahaha dapat C pun komplain. Hebat. hahaha. Okey. Jadi itu menunjukkan masih ada ibu bapa yg menaruh harapan yg tinggi tentang kelas agama ini. So tu yg buat aku berazam nak ajar budak-II dengan lebih lagi. Even aku tak ajar pendidikan islam just mengajar mengaji plus hafazan tapi tuh pun dah cukup bagus. Aku nak kutip pahala banyak-II. 



alo lo lo nih adalah antara Cikgu-II yg mengajar di tadika dari umur 3 tahun hingga lah 6 tahun. 


"Selfie lah kau sorang-II" hahahahaha



Okey yg dari kiri tuh mcm biasa sahabat aku. Hazlina. Yg bertudung Cokelat baju harimau tuh lah Cikgu Neida. Yg bertudung pink Cikgu Fatehah dan tudung oren Cikgu Shila. Cikgu Shila dan Cikgu Fatehah nih praktikal kat tadika tuh. Praktikal dari UPSI. Yg tudung cokelat tuh Ustazah Noriah. Dia ajar budak 5 tahun. Yg tudung biru Kak Yaty. Dia mengajar budak 3 tahun. Yg sebelah nya pulak tuh dan yg bertudung hitam tuh tak sure apa nama nya. Yg pasti tudung cokelat ajar budak 4 tahun dan yg tudung hitam ajar budak 5 tahun sesi pagi.


Kali pertama guna monopod. Semua memberi respon yg baik. hahahaha.
Apa muka aku macam tuh. hahahaha Buruk nya. Okey abaikan. 


Nih kad laporang budak-II tuh. hahaha. Aku di tugaskan untuk memberi komen bagi kelas agama. So aku bagi je lah komen apa yg patut. Risau jugak if ada tersalah cakap atau tersalah tulis. haha. Alhamdullilah tak ada apa-II. 


Alhamdullilah selesai juga hari perjumpaan ibu bapa & guru. Alhamdullilah juga tiada perkara yg tidak di duga berlaku. Semua nya berjalan dengan lancar. Sekian, itu sahaja coretan cerita kisah hidup aku untuk hari ini. Maaf jika story aku tak lah hebat mana pun. Tak lah gempak mana pun. Hanya sebuah post yg ingin aku kongsi kan bersama. 
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang dengan cerita yg insya Allah lagi menarik

wsalam.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




1 comments:

Unknown said...

perli pebende...maknanya bapak die tu bagi encouragement lah dekat anak die . optimistic orangnya . bukan senang nak jumpe laki nak buat mcm tu . semoga budak Asri Iskandar tu jadi anak yang soleh dan bersifat ummatik 💖 .... mengajar budak tadika ni atleast kene lah ade ilmu psikologi islam tentang mereka...kene ade basic lah senang cerita :)

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy