Pages

Wednesday, 4 December 2013

Ibu lagi plus Adik-2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ehem ehem ehem.. kalau post yang lepas aku cerita pasal pengakap. Mohon maaf sebab itu cerita lama yang baru sekarang aku nak cerita. Eh sekurang2 nya aku imbas balik apa yang berlaku kat kem tuh. haha. Bila ingat balik apa yang berlaku kat kem tu mmg banyak kenangan nya yang in sha Allah aku tak akan lupa kan. Dan aku sebenarnya bersyukur sgt sebab aku diizinkan Dia utk menyertai kem tersebut. Kerana ada hikmah nya aku pergi ke kem tuh. Jeng jeng jeng.... Okey stop ! skrg aku nak cerita blog baru pulak. Kalau rasa nak tahu nak baca apa cerita tuh sila teruskan bace taaaapiiiii kalau rasa tak nak bace tak terbuka lagi hati nak bace sila kan tutup page nih. sekian.. haha relax2 main2 jer. aik...

Okey kalau korang bace tajuk tuh pun korang dah boleh agak kut apa yang aku cerita. Hm. actually nih pasal ibu. hehe.. okey.. actually mase kat kem pengakap tuh hari tu ibu operation. Kalau kem tu mula jumaat, sabtu, ahad. Dan ibu operation hari ahad. Mase aku nak balik tuh. Aku dah minta balik awal kan kawan aku sorang nih.. Kalau dia bagi balik awal sekali pun aku nak balik naik apa. Paling kurang pun kene tunggu bas yang ambik kami. Okey lah tak pe lah. tunggu je lah plus doa yang terbaik. sbb niat mmg nak teman ibu operation. Dan dah bagi tahu ibu nnti akak tnggu ibu operation. Tapi tak sangka niat aku tak kesampaian. Tak pe lah. Balik je dari kem sampai rumah kemas beg bagai siap2 terus ayah bawak pi hospital. Alhadullilah. ibu selamat operation.. 

Eh lupa pulak. Mesti korang tertanya mak aku operation apa. teruk ker? sakit apa? hahaha. relax relax.. Ibu just operation kaki. Kalau korang tengok balik post aku yang lepas lepas lepas aku ada post pasal ibu xcident. So, ini lah kesan nya. doktor kata alguimin (hmm tak ingat lah nme bhg lutut tuh) rosak ke mcm mne entah. Ha.... ingat.. kat bhg lutut kita (bg sesiapa yg ambik biologi. tahu lah kut) ada satu saraf nih. So saraf tu terputus. tsktsktsk.. So tujuan operatin ini ada lah utk masuk kan satu tiub untuk menghubungkan saraf tu. Jadi sakit tuh... sakit lah jugak.. Doktor cakap selepas operat ibu akan rasa sakit. Tapi rasa sakit tuh bukan pada kawasan yang operat tuh tapi pada bhg dalam lutut tuh sebab dalam tuh dah luka. Itu yang membuat kan sakit. Actually selepas xcident ibu tak tahu pun pasal benda tuh. Sehingga lah ibu jumpa pakar baru tahu apa yg sebenarnya berlaku. Alhamdullilah Allah amsih panjang kan umur ibu. Allah masih beri kesempatan pada ibu untuk bernafas. Bersyukur sangat. 

Selepas itu, ibu berjalan pakai tongkat atau pun kerusi roda. Sedih rasa nya tengok ibu macam tuh. Macam tak percaya ibu sakit ibu xcident. Tapi ibu kuat menghadapi nya. Itu lah IBU. Semoga aku juga akan menjadi seorang ibu yang kuat tabah sabar suatu hari nanti. Amin. Ehh.. hahaha... selama ibu pakai tongkat, ibu tak boleh jalan sangat. Jadi mcm biasa tugas rumah aku yang ambik alih. Kadang2 ayah.. Jujur cakap, aku nih tak pandai memasak. Jadi bila ibu sakit aku dapat belajar sikit2 itu pun ibu yang tunjukkan. At least ada lah jgak kan belajar. Ada lah jugak pengalaman duduk dapur.wekk.. hahaha.. 

Kebiasaanya kami akan beli barang sebulan sekali.. Bila ibu sakit, tugas aku ayah dan adik2 yang belikan. hahaha.. bajet nak kurang perbelanjaan. Ayah lah buat list bagai2. Last2 tahu tak beli barang lari dari bajet. hahaha.. Terkejut ayah.. Hm..

Sekali lagi keluarga aku diuji.. iya begitu hebat ujian yang Kau berikan. In sha Allah ada hikmah disebalik apa yang berlaku. ALLAH MAHA BESAR.. segalanya telah dirancang.  الله أكبر 
Kejadian ini berlaku semasa aku dan sekeluarga membeli barang dapur. Hm.. Kami keluar ptg. Dalam pukul 6 lbh rasa nya dan kali ini ibu ikut sekali sebab ibu dan bertambah sihat. Itu pun ibu pakai kerusi roda sebab tak boleh jalan lama. Alhamdullilah rezeki kami malam tuh, ayah beli barang apa yang tak ada kat rumah. Kami happy malam tuh. Saat yang aku tak boleh lupa sehingga sekarang, aku pilih kan minyak wangi untuk ibu. Arghhh macam tak percaya. Mungkin pada korang itu pun tak percaya. Entah pape kan. hm.. Sebenarnya jujur aku cakap sebelum ibu xcident aku tak rapat dengan ibu. Tapi selepas ibu xcident aku mula rapat dengan ibu. Ada hikmah apa yang berlaku. Selepas kami beli barang, adik2 mengadu lapar nak makan. Ayah ajak makan kat Taman Meru kat mydin besasr tuh. Kat depan mydin tu ada satu kedai makan. Kami makan disitu. Kami balik sampai rumah nak dekat pukul 12 am..

Sampai je rumah, macam biasa aku bukak pintu bla bla bla... Lepas tu adik-3 masuk bilik dia.... jeng jeng jeng.. Rumah aku sekali lagi di masuki. PENCURI. Macam mana boleh masuk? tak ada org perasan ker? hm. kisah nya macam nih. Dia masuk melalui tingkap. Ha pelik mcm mne masuk ikut tingkap? dulu tingkap aku jenis yang lama tuh. Tahu tak tingkap sekolah tuh. Yang tarik tuh. Dari apa yang aku tengok cara dia masuk, first dia bukak cermin tuh, tahu kan nak buang cermin tuh dari tempat dia. Lepas dia bukak cermin tuh, dia satu playar mungkin atau sesuatu yang tajam atau asid mungkin supaya besi cermin tuh tercabut. Paling kurang untuk seorang manusia yang berbadan kecik masuk dia perlu mencabut besi sekurang2nya 2. So berkat usaha dia tuh, dia berjaya masuk. Rasa nya itu penangih dadah. Iyelah biasa nya penagih dadah nih badan2 nya kecik2 jer kering2 jer. i think. 

Apa yang hilang?... Macam biasa bila kes kecurian berlaku. Barang kemas ibu hilang. Duit syiling ayah simpan dalam tabung hilang dan fon adik aku pun dia ambik jugak. Kami memang terkejut terutama ibu. Ibu paling terkejut dan dia sedih sebab barang kemas dia hilang macam tuh jer mcm di tiup angin fuhhhh... Ibu sedih ngis sekali lagi kerana tak cukup dugaan yang ibu xcident kami di uji lagi dengan ujian seperti itu. Apa boleh buat kan perkara nak berlaku. Bukan nya boleh di sangka. Tak pelah mungkin sampai di situ sahaja rezeki kami. 

Alhamdullilah berkat ujian yang kami lalui ibu semakin sihat. dan... alhamdullilah syukur sgt aku dimurah kan rezeki aku dapat satu smartfon baru. syukur sgt. Tak sia2 sabar aku selama ini. Ayah beli kan fon ini pun sebab fon aku yang lama bagi kat adik aku. Syukur sgt.. Tak lama lepas tuh, ayah plan untuk tukar tingkap baru untuk keselamatan kami. Sebab tak mustahil kes ini akan berlaku lagi kan. So, sebagai langkah berjaga2 ayah pasang tingkap baru plus pasang cctv. JAP... ayah pasang cctv bukan untuk bangga atau nak tunjuk kaya bagai. Tak. Ayah pasang sebab terpaksa plus untuk keselamatan kami. Ha sebut pasal keselamatan kami. Malam yang rumah kene masuk orang tuh, actually ibu ngis sebab risau kan aku balik sekolah dan seorang ddk rumah. So dia risau lah kalau apa2 jadi kat aku sbb aku ni jenis lepas balik sekolah mesti tidur. hehe..

Elok selepas ibu baik dari operat tuh, adik aku yang ke 2 pulak patah tangan. Sekali lagi kami di uji. Main bola. Jaga gol. Pegang bola salah. Tulang dia patah 9 rasa nya. Hm. Nak buat macam mana ka Allah syg betul kan kami. Alhamdullilah tangan dia dah beransur pulih. Mula nya memang tak sangka. Macam2 berlaku pada keluarga kami. Tapi kami tetap bersyukur sekurang-kurangnya keadaan kami lebih baik daripada mereka yang tidak bernasib baik seperti kami. Alhamdullilah sekarang semua nya telah pulih semula. Namun, kehidupan kita nih tak selalu berada di atas kadang2 berada di bawah juga suatu hari nanti. Selalu lah ingat Dia walau dimana kita berada supaya kita tak lupa akan wujud nya alam akhirat dalam melakukan sesuatu. Banyak yang kami belajar dari apa yang berlaku terutama aku. Sebagai anak sulung perempuan pulak tuh bukan senang nak tanggung beban anak sulung walaupun perempuan. Menjadi contoh kepada adik2 adalah tanggungjawab aku membahagiakan ibu ayah juga adalah tanggungjawab aku. Aku cuba lakukan yang terbaik untuk membalas segala jasa baik mereka membesarkan aku yang tidak ternilai.

Itu lah kaki ibu aku selepas operation. Ibu kate bnda tuh berat. Tapi doktor kate benda tu penting 
bagi bahagian dalam tuh kekal dan sembuh..

Itu pulak bahagian2 lutut ibu. Yang dua besar tu lutut ibu dan yang panjang nmpk macam paip tu lah tiub
yang mencantum kan semula saraf ibu. Hm faham ke. Kalau korang dulu ambik sub biologi mungkin
faham lah kut. Aku ni lemah bab biologi nih.


Ini lah adik aku yang ke 2. Maaf lah gambar tak berapa jelas. Sebab yang ambik gambar nih
ayah aku. hm..


Rasa nya cukup lah sampai disini aku pot pet pot pet pasal tajuk nih.
Terima kasih kepada yang sudi baca cerita kisah hidup aku.
Walau pun apa yang aku cerita tak ada kene mgena pun dengan korang tapi cuma nak
kongsi kisah cerita hidup aku.
Sekian itu sahaja dari aku.
Sehingga kita bertemu lagi di lain tajuk.
Kalau ada apa2 nak komen silakan.
Kat bahagian sebelah tuh ada ruang chat, 
nak chat pun boleh.
Nak komen kat bawah tuh pun boleh.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

(✌◠▽◠) ☜(ˆ˘ˆ)



0 comments:

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy