Pages

Saturday 27 April 2013

Penggal 1 STPM


Hey hey hey

Oit oit oit

Assalamualaikum

Selamat sejahtera

Salam 1 Malaysia.
               
  Hoho. Alhamdullilah kita berjumpa lagi. Dan syukur kita masih mampu bernafas dan awak semua di beri kesempatan untuk membaca blog ini lagi J * buat muka bangga jap kan.* hahaha. Hm. Untuk pengetahuan korang, aku ni masih belajar sebagai pelajar tingkatan 6 di SMK ULU KINTA *bangga woo ni sekolah aku sejak aku berpindah ke sini.baik buruk sekolah ni, ini tetap sekolah aku. Alo lo lo* aku start masuk tingkatan 6 tahun 2012. Aku nih tak lah pandai mana pun kalau nak di bandingkan dengan korang yang masuk universiti, kolej, matrik, poli bla bla bla.. jadi tingkatan 6 nih lah arah tuju aku. Walaupun pada mula nya ayah aku tak berapa suka aku masuk tingkatan 6. Dari apa yang aku dengar tingkatan 6 nih susah, beban kan, untuk exam satu paper mengambil masa 3 jam paling kurang pun untuk satu subjek. Mula aku pun pelik jugak, tak akan lah 3 jam tak cukup, akak upper six cakap memang tak cukup. Memang tak faham, sampai lah aku di gelar pelajar tingkatan 6. Baru lah aku faham mengapa dan kenapa akak akak f6 ckp mase memang tak cukup.
               
          Tapi alhamdullilah, untuk tahun aku masuk f6 nih, terdapat sistem baru yang telah di langsung kan. So, ia sangat lah meringankan, menyenangkan, memudahkan pelajar pelajar f6 tahun aku nih. Bla bla bla..... study punya study ... pulun habis habis *pulun lah sangat kan* hujung bulan 11 rase nya, tak ingat lah aku mula exam STPM untuk penggal 1. Memang pada mula nya kami memang tak bersedia, kerana terlalu singkat mase nya tapi berpatutan pun dengan subjek yang di ajar telah di kurang kan. Berbanding pelajar f6 tahun sebelum kami nih.
                 
Pom pang pom pang pom pang.... bulan 3 hari tuh 21/03/2013 result untuk pelajar STPM penggal 1 keluar. Kami ambik result bukan macam ambik result SPM tuh, macam biasa je. Pukul 12 tgh malam 21/03 tuh ramai yang dah check result masing masing kat internet. So mereka lebih bersedia lah berbanding dengan mereka yang tek tengok langsung.. dup dap dup dap juga lah walaupun dah check kat internet. Alhamdullilah, result aku tiada yang gagal. Bersyukur tak terhingga. Cuma, result aku hanya cukup cukup makan je, orang cakap hanya nyawa nyawa ikan jeeerrrr... keseluruhan result aku untuk penggal 1 hanya  1.50 pointer sahaja. *mesti korang fikir teruk gila budak nih* hm.. entah lah tak tahu mana silap nya, sampai boleh dapat result macam tuh.

Kaji punya kaji... *ulang tayang balik* hahaha.. aku study last last mint, berjage sampai larut malam, tidur pun hanya 1 jam dari pukul 5 – 6 pagi jer.. memang tak cukup, aku bertahan hanya dengan minum air kopi jer. Memang minum kopi tak elok, tapi itu je cara nya. Sejarah, aku Cuma fokus pada apa yang cikgu suh bace tuh jer. Mase nak mula exam pun, tetap bace apa yang cikgu suruh bace je, yang lain lain mana ada bace. Langsung tak bace !!!!!!! bayang kan, bila mula je exam, ha !!! tuh dia, apa yang aku bace hanya keluar satu jer. Memang blurrr lah cakap, soo terpaksa ulang tayang balik apa yang cikgu ajar kat kelas, ada lah jugak ingat sikit sikit. Ada subjek yang ak dan kawan buat pebentangan kat kelas, so ada lah ingat sikit. Alhamdullilah, aku lulus subjek sejarah ni. Tapi aku just dapat untuk lulus sahaja 1.67 jer. Sayang kan, cikgu cakap sikit je lagi nak dapat principal. So, cikgu bagi cadangan supaya ku repeat paper nih. Aku pun terima cadangan itu. Dan mengambil keputusan untuk repeat paper sejarah.tak salah rasa nya kan kan kan...

Untuk subjek ekonomi pulak, hm hm hm.. paper nih hari terakhir sekali. Ekonomi nih mana boleh kita bace sahaja, kita kena faham, buat latihan banyak banyak. Yang aku pulak study last last minit. Memang tak masuk lah. Macam tin sardin tuh, dah penuh tapi sumbat jugak, last last apa yang dibace tak ingat. Boleh pulak mase tuh aku demam. Fuhhh~~~ dugaan betul. Panas gila badan, esok nya memang tak boleh nak bagun langsung. 2 hari aku demam. Bla bla bla... balik pada topik.. hehehe.. mase jawap exam tuh, kepala otak aku dah tak boleh nak fikir apa dah. Aku bace soalan, aku tahu aku faham kehendak soalan tapi aku tak boleh tulis. Ha.. pelik kan.. hm.. aku tengok kanan, tengok kri, tengok depan. Semua orang fokus je buat jawapan. Dalam hati aku berdetik “wehhh!! Tolong lah aku.aku tak boleh jawap nih.” Tapi sayang hanya Allah yang mendengar jeritan itu. *eh eh eh.jiwang pulak.*
Tapi aku cuba jugak lah membuat, alhamdullilah untuk subjek ekonomi aku dapat 1.00 SAHAJA. Hm.. hanya cukup cukup makan. Memang betul betul nyawa ikan punya. Cikgu pulak kecewa sebab anak murid dia ramai yang gagal. Cikgu berharap budak kelas aku boleh dapat result yang gempak. Tapi hancur.... hm.. maaf lah cikgu, kami dah cuba tapi.... mungkin kami banyak main juga kut, sedangkan cikgu dah banyak kali bagi nasihat tapi tetap macam tuh kan... pengajian am pulak *subjek yang paling paling paling aku tak minat, kerana ia mengenai politik bla bla bla* memang tak minat wooo.. runsing, tak faham. Aku just fokus pada karangan jer. Tapi bila exam aku bace jugak lah. Buat latihan jugak lah. Risau lah jugak kan, pengajian am nih subjek yang paling wajib lulus. Alhamdullilah aku dapat pointer 1.33. fuhhh~ boleh lah. Hehe..aku pun tak sangaka sebenarya. Hahahaha. Yang paling kita tak suka tuh lah yang akan kita minat suatu hari nanti. Tak percaya, korang tengok pada diri korang, apa yang tak suka lama lama lama korang akan minat. Heheehehe.

Untuk subjek yang terakhir bahasa melayu. Memang bosan, sebab bejar bm nih sama macam belajar sejarah. Tentang asal usul bm bla bla bla... bm je yang aku dapat principal 2.00. huhu.. boleh lah ada jugak principal walaupun satu sahaja. Tak pe lah masih ada peluang untuk aku perbaiki apa yang patut.  Yang bawah nih, result yang aku dapat. Kan.... hanya dalam kertas sahaja. Ala, baru penggal 1. Huhu..


Sekian, wsalam. Hanya itu yang mampu aku cerita kan mengenai result penggal 1 nih.
Maaf andai ada salah dah silap, ada salah tulis, ada tersalah cakap ke apa ke.
Minta ampun minta maaf. *eh over lah pulak kan.*

Assalamualaikum...

By : halimaton nadiah ^_^

7 comments:

RiotSubs said...

Assalamu'alaikum..
Sej. & Eko ea? Samalah kita. Tapi cikgu kitorag kata, c- tu gagal. Nak xnak, ada yang xhengen d'repeat pun terpaksa drepeat. PBS lagilah, kusut. Last2, masa buat PBS lg banyak drpd masa study.

Nadiah Jer said...

Wsalam. Maaf baru bace komen. Btul tuh nk xnk kene jgak repeat sbb nk kukuh kn pointet dan tkut nnti hujunhnye akan tarik semua last2 ggl. Dari sek mne ni ^-^

Nadiah Jer said...

Wsalam. Maaf baru bace komen. Btul tuh nk xnk kene jgak repeat sbb nk kukuh kn pointet dan tkut nnti hujunhnye akan tarik semua last2 ggl. Dari sek mne ni ^-^

NOR HASMAH ASHIKIN AWANG said...

kalau cukup cukup makan perlu repeat x?

Nadiah Jer said...
This comment has been removed by the author.
Nadiah Jer said...

hai eisya.. markah cukup2 makan itu result sem satu yea? subject apa? pada pandangan saya awak repeat lah. sbb utk sem satu ia masih mudah tp awak kene bnyk buat latihan lah. dan if pointer awak cukup2.. kemungkinan utk di sem dua atau sem tiga dia akan tarik dan at the pointer keseluruhan akan jatuh.

Unknown said...

Hmm ulangan macam mana? Semester dua dan tiga?

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy