Pages

Saturday 27 April 2013

End of PBS


Hey hey hey

Oit oit oit

Selamat sejahtera

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirohim.....

         PBS ?? ap itu pbs ? apa yang korang faham dah tahu mengenai PBS? *untuk pelajar f6 lah mesti tahu kan* kepada yang tak tahu PBS tu ialah Penilaian Berasaskan Sekolah. Apa yang aku kena buat mengenai PBS ini?? PBS nih, entah lah tak reti aku nak terang nya, haha. Kalau rajin search lah kat google tuh. Ada je maklumat mengenai PBS nih.
             
        Okey balik pada topik asal kita, alhamdullilah, semua akitivi PBS telah berjaya dengan jaya nya. Untuk sejarah, aku kena buat kajian dan kajian aku mengenai Sejarah asal usul dan perkembangan Labu Sayong. Tak ada yang menarik pun, sebab kita biasa kan dengar megenai Labu Sayong nih. Aku pun berjaya pergi kawasan kajian. Peh.. memang adventure lah. Aku pergi dengan sahabat sahabat aku. Eyna, ecah, eg. Memang seronak lah. Pusing2 Kuala Kangsar.
  
Percaya atau tak itu lah aku. Bersama aku tuh salah seorang pengurus syarikat.

Hahahhaha LOL LOL LOL LOL


                    Ini baru sejarah, belum lagi pengajian am lagi lah dasyat. Lagi mecabar dan mempunyai pengalaman pahit nya. Untuk pengajian am, aku membuat kajian mengenai pengangkutan awam ETS di ipoh, perak nih. Hm.. memang bengang bila di fikirkan balik. Hari pertama aku pergi bersama eyna, azman, fazly dan ezazi. Mula nya aku edarkan borang soal selidik kepada beberapa orang responden dan alhamdullilah mereka memberikan kerjasama. Lepas tuh pulak, *nih yang bengang bila fikirkan balik* aku pergi kat sekumpulan mak cik pak cik. Dalam hati aku fikir mungkin mereka akan memberi kerjasama, sebab mereka kan berumur dan tengok daripada wajah mereka menunjukkan yang mereka mungkin akan memberi kerjasama. Aku pun bodo pergi lah kat deme, bagi salam... elok je aku bagi salam terus deme diam ada pak cik tuh pergi entah kemana, yang mak cik tuh pulak gelak jer, ada sorang pak cik pakai baju batik beb dengan songkok nya. Peh~ memang baik la aku cakap tapi dengan dia yang paling aku sakit hati sebab dia boleh buat muka tak tahu sambil pandang atas. Panas je hati aku mase tuh. Aku terus keluar, memang mencarut habis la aku cakap. Memang syaitan menguasai diri aku mase tuh. Mencarut sampai ke sudah.
               
               Balik tuh, aku cerita kat ayah. Ayah bukan nya nak back up aku, dia cakap macam nih “itu baru sikit kak, kamu belum kenal lagi dunia luar. Kamu baru jumpa orang yang macam tuh, kat luar sana ada macam macam jenis manusia yang kamu tak tahu.” Hm.. macam nak nagis je kalau di ikutkan balik. “akak tak boleh lah terima, sebab dia melayu, akak melayu kita sama sama melayu, kenapa buat macam tuh. Kate 1 malaysia. Negara kita mempunyai budi bahasa, tapi mana nya budi bahasa nya. Malu kalau ada bangsa asing yang kena situasi sama macam akak”... so lepas nih, kalau ada orang cakap betul ke orang melayu nih tak ada budi bahasa aku akan cakap iye. Walau pun tak semua macam tuh tapi masih wujud segelintir masyarakat seperti itu. Mungkin selepas ini, aku akan lebih berhati hati dan mungkin akan mengingati pengalaman ini sampai bila bila kerana ini pengalaman yang pertama aku alami.
                Selepas selesai semua kerja khusus sejarah dan p.am. tiba lah mase nya pulak untuk pebentangan. Time pebentangan ini yang gemuruh sikit. Sebab.. aku nih mana lah pandai sangat dalam bab present bagai nih. Kawan kawan aku cakap, kena banyak praktis kat depan cermin untuk melihat cara kita. Aku pun buat lah, untuk mendapatkan keyakinan aku tuh. Aku termasuk dalam kumpulan pertama yang present. Memang cuak lah jugak. Sebab kumpulan pertama kan.. aku punya slide (power poin) ringkas gila. Sebelum cuti, aku ada bagi cikgu tengok untuk tengok2 kan semula tapi hampeh cikgu tak sempat tengok sebab cikgu tak berapa sihat. Mase tunggu giliran untuk buat present tuh *aku orang yang terakhir* kami duduk dalam satu bilik nih, tengok diorang pegang kertas apa yang di baca nya, peh.... panjang nya. Padat.. aku pulak rasa rendah diri, ialah sebab aku punya nota kecik jer memang aku tulis apa yang di baca nya sahaja. Huhu.. sampai giliran aku, present lah macam biasa....mase aku tengah cakap cakap tuh guru penilai ada macam bisik bisik*aku tengok macam ada yang tak kena je dan aku bayang kan bakal mengahadapi satu bencana* fuhh~ selepas habis je present cikgu tegur pasal power point aku tak berapa lengkap dan tak berapa jelas. Bila fikir kan balik betul juga apa yang cikgu cakap.. cikgu suruh perbaiki semula. *take note* hahahahahahha! Pelat bahasa perak kuat??? Iye ker... kawan aku cakap, cikgu diorang cerita yang aku guna bahasa perak. Hahhaa.. iye ker... bila fikir kan semula ada lah sikit. Hahaha.
                
            Untuk present sejarah pulak, memang debar juga lah sebab cikgu sejarah kami memang streght juga lah.. aku orang kedua present. Dup dap dup dap... alhamdullilah, aku berjaya present. Cuma slide aku tuh kurang perlu ditambah lagi. Bila fikir kan semula betul juga slide aku tuh ada yang kurang kalau nak di bandingkan dengan kawan kawan aku yang lain, banyak slide juga. Jelaz aku markah pun mesti gempak kan. Hihi.. tapi tapi tapi tapi tapi... bukan sampai disini sahaja present ini tamat untuk kedua dua  subjek.... cikgu cakap bila bila mase pihak MPM akan datang untuk melihat hasil kerja PBS pelajar f6 nih dan dia akan pilih secara rombak siapa sahaja yang dia suka untuk dia check dengan lebih detail dan pada masa yang sama mereka mahu prsent ini diadakan dan mereka tidak peduli sama ada kami pelajar f6 bersedia atau tak. Hm.. bunyi memang menakutkan dan sangat menakutkan.. but it.s okey lah. aku pun dah buat persediaan awal untuk hadapi nya. *eh eh eh eh bangga kejap* hahaha lol.
Hm aku rasa ini sahaja yang mahu aku cerita kan mengenai PBS yang telah berjaya aku lakukan. Tak lah sehebat mana pun cerita aku nih seperti pakar blogger2 yang popular tuh. Aku harap cerita aku nih tak lah membosan kan, kalau ada yang tak kena kalau rajin komen lah kat bawah tuh. Hehehe..

Sekian,

Terima kasih,
Assalamualaikum..

By : halimaton nadiah ^_^





0 comments:

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy