Pages

Wednesday, 19 September 2012

peluh oh peluh

assalamualaikum dan selamat sejahtera


finally aku jumpa juga orang yang mempunyai penyakit macam aku.
actually penyakit ini bukan lah satu penyakit yang teruk, berjangkit or benda yang boleh membawa maut. tak lah sampai macam tu.
sebenarnya, sejak dulu lagi tangan aku akan berair. sejak bila aku tak pasti mungkin sejak aku kecil lagi. orang akan kate yang aku ni terlebih peluh. iye ker?? tak pasti lah. doktor kata pula,aku dapat penyakit ni di sebabkan keturunan. tapi aku tengok ayah dan mak aku tak ade pun jadi macam aku. mungkin nenek moyang aku kot. =_______=
 
doktor kate lagi, ade satu kelenjer di bawah ketiak atau satu saraf yang sangat aktif mengeluarkan peluh. kalau ade sesetengah orang hanya akan keluar peluh yang banyak bila mereka bersukan. tapi lain pulak aku. doktor saran kan aku, untuk buat pemedahan untuk buang saraf tu. dan ade doktor lain pulak (sbb aku pergi check benda ni berkali dan tak jumpa juga jalan penyelesaian) kate dia tak galakan aku buat pemedahan sebab aku terlalu muda untuk buat pemedahan ketika ini. (pulak dah)

tapi aku terseksa kut. sangat TERSEKSA
peluh ni akan keluar bila aku rasa gemuruh,panik,gembira,bila terlalu sejuk,terlalu panas,dan kadang kadang situasi sekeliling juga mempengaruhi dan secara langsung peluh aku akn keluar. dan aku tak dapat nak kawal.

kadang kadang aku rasa segan dengan kawan kawan aku. bila nak salam je mesti diorang tanya nape tangan basah. pastu tu mseti diorang lap tangan diorang kat kain. seolah olah benda tu jijik.rasa nak menagis je mase tu. tapi nak buat macam mane itulah yang terjadi dengan aku. sejak tu,,setiap kali aku nak salam dengan orang aku akan pasti kan tangan aku kering sekeringnya..

aku ingat lagi satu peristiwa. mase tu aku nak berubut barang dengan kawan aku (perempuan) at the same time tangan aku berpeluh. aku pengang tangan dia and than dia cakap " tak yah lah pegang tangan aku.tangan ang tu dah lah basah" T__________________T
sedih kut.kecik hati patah lagi. memang terang terang aku kecik hati. lepas dari kejadian tu, aku tak pegang lagi tangan dia. aku akan pegang bila aku pasti tangan aku dah kering.

bila exam je tagan mula lah berpeluh.sampai kan kena lapik dgn sapu tangan bila nak jawap exam. orang mesti lah pelik tengok aku lapik sapu tangan. kadang2 bila nak tulis ape2 pun mesti kena lapik. aku kena pandai kawal perasaan aku. kalau panik,aku kena cepat tenang kan diri aku. supaya tangan aku tak berair dgn teruk.aku juga tidak boleh pegang sesuatu benda dengan lama.kalau lama, hm.... tgok lah kat barang tu,mesti ade air. (malu? mestilah).
bila bawa kereta pula ayah selalu bising jangan pegang stering tu lama lama. longgar kna sikit supaya tak berair. samapai kan ayah soh paganag stering tu dengan kain. ya allah!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku rasa nak menagis je mase tu.. kenapa lah aku jadi macam nie.

bila nak buat kerja sekolah pulak,aku akan pasti kan suasana sejuk, dan keadaan aku relax. supaya tangan aku tak berair.sape yg selesa buat sesuatu kerja dengan tangan yang berair. ce bagi tahu aku. ade ker? ade? kalau ade sape? sape?
aku menderita dengan ape yang aku hadapi ini. tuhan tak akan bagi dugaan kepada hamba nya yang tak mampu mengahadapi ujina dari nya. insyallah selagi aku bernyawa aku akan cuba untuk mengahadapi benda ni dengan tabah.
kadang kadang aku berfikir jauh juga, kalau aku dah kawin nanti kalau suami aku nak pegang tangan aku macam mane? dia nak ker pegang tangan aku yang basah nie? tak rimas ke dia? tak rasa geli ker? entah lah weh.aku cuma berdoa semoga satu hari nanti kau jumpa jalan penyelesaian nya. amin!!

tadi kat sek aku jumpa kawan aku yang mempunyai penyakit yang sama dengan aku.kami mmpunyai penyakit yang sama. dan kami juga berharap supaya kami mempunyai jalan penyelesaian nya.

sekian itu saja yang aku nak kate kan.semoga sesiapa yang membaca blog nie. text aku tidak membosan kan
assalamualaikum

by nadiah jer ^______^

0 comments:

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy