Pages

Sunday 6 July 2014

Seremban, S2 (I)

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Tara !!!! Nih lah rakan sejawat sekelas aku. 
Asal hampir 80% muka mamat nih.
hahaha.
Nih pun kawan baru aku from Perak !
Yeay! Ada juga yang dari Perak. Tapi dia bahagian Kampar. 

Hai korang korang.. Apa khabar?? kepada yang masih menunggu post aku yang nih. TAHNIAH !!! hehehe. Terima kasih sebab menunggu.Meh aku cter sikit pasal budak2 kelas aku nih. Dalam kelas nih kami ada group yang telah sedia di beri semasa pendaftaran lagi. Jadi dalam kelas tuh ada dua group. Yang pertama RED 5 dan RED 6. Dan aku adalah kumpulan RED 6. Dalam group kami just ada 12 orang. Tak ramai mana pun. Seronok juga bila dapat kenal kawan2 yang dari pelbagai negeri. Contoh nya, ada kawan aku yang dari Kedah. hahahaha!!! Kami pun terikut2 bahasa Kedah. "Jom pi cafe sat" "Awat hampa lambat" Hampa tau dok tapi kami pi .. bla bla bla " "Kami malu lah nak buat laguh tuh" "Penih kepala kami pusing tadi." hahahahahaha!!! Tambah pulak dia nih seorang yang ceria. OPS ! Lupa pulak nama nya. Aku panggil dia WANIE. Kebetulan pulak blog bagunan asrama dia sama dengan aku. Cuma yang membeza kan hanya tingkat. Dia tingkat 2 dan aku pulak tingkat 1. Jadi setiap malam selepas habis kelas kami balik bilik sama1 lah. Ada jugak lah geng kan. 

Lagi ?? Ada jugak pelajar dari Sabah bah. hehe. Kami panggil nya Ekah. hehe. Orang nya jenis yang lawak. Suka tengok dia gelak. Galok betui. Hahaha. Suara dia serak2 gituh. Seorang yang sempoi. Boleh di katakan ramai juga pelajar dari Kedah nih. Termasuk lagi dengan pelajar Johor. Orang kate Johor dengan N.Sembilan nih tak lah jauh mana. Sejam perjalanan jer. Kut. Aku tak pernah sampai Johor. Jadi aku tak tahu. hahaha. Kebetulan pulak, "abah" dari Johor jugak. Elok lah tuh. So tak heran lah if ramai jugak yang dari Johor. Ada jugak yang dari Selangor. Seronok sebenarnya jumpa dengan pelajar yang pelbagai negeri nih. Sebab mereka mempunya seribu satu sifat perangai jenis yang berbeza. Ada yang banyak bercakap. Ada yang jenis pendiam. Ada jenis yang pemalu. Ada juga jenis yang .... bla bla bla.. Bila kita melangkah ke dunia luar, kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia yang kita sendiri tak sangka. Mungkin pada korang yang ngah baca nih dah biasa dengan persekitaran luar. Contoh sejak F5 korang dah duduk asrama atau lepas habis F5 korang ke politeknik, duduk rumah sewa, masak sendiri, kemana sahaja sendiri, segala nya sendiri. Jadi korang lebih matang dalam persekitaran luar. Lain macam kami yang ambik F6 nih. Duduk rumah, makan minum mak ayah ada, pakaian masuk mesin, duit minta kat mak ayah. Hm hm hm. Mungkin ada sesetengah dari korang akan fikir yang kami nih tak matured. hm hm *apa yang aku merepek* Err.. 



Uish !!! Asal ......
yeah!! tuh lah sir kami. Lecture kami. Guru kami.
Tapi .....
Kenapa ....

Macam yang korang tengok berdasarkan gambar tuh. Aku pun tak tahu lah kenapa pihak kolej ambik nih ambik mereka sebagai lecture kami. Tapi diorang nih bukan calang2 lecture tau. Diorang ni berkelulusan PhD. Belajar kat UIA,Gombak. See... Alhamdullilah, aku masih boleh faham diorang nih. Bahasa B.I diorang nih bukan macam yang kita selalu dengar. Macam yang korang tahu language B.I nih ada banyak jenis. Termasuk lecture aku nih. Dia cakap dalam bahasa mereka ada 56 jenis bahasa. Fuh.. Macam kita lah Malaysia. Ada bahasa Kelantan, Terengganu, Kedah... bla bla bla. Sama jugak lah macam mereka. Masa hari first kelas, risau jugak kalau dapat lecture yang garang ker atau lecture yang straight ker. Tapi, Alhamdullilah. Kelas kami dapat sir yang baik,kelakar,dan sporting. Well tak lah teruk sangat bahasa BI diorang nih.



WOW !! 
Handsome tak??
Comel tak??
hehe. Tinggi kan.. 


Kelas kami mula pukul 9.00 pagi - 1.00 tgh non-stop. Fuhh~~ bayang kan 4 jam kelas. Belajar BI. Fuhh~~ Terkebil2 jugak lah kami. Yang kesian diorang yang duduk bahagian depan tuh lah. Tahan mata dari rasa mngantok! Hehe. Dan kami yang kat belakang nih main fon. Tak main fon kami tunduk tidur. Hihihi. Well~~ hahahaha. 


Tara!! Fokus pada nama aku. 
Tuh lah group aku.
No 13 adalah no kelas aku.




MR. ADAM ANDANI MOHAMMED
Yeah! itu lah nama lecture kami. 
Andani tuh adalah nama keturunan. 
Adam & Mohammed tuh name dia. 
So kitaorg panggil dia Sir ....



Ini buku hand book. Segalanya ada di dalam ini. 
Peraturan, No tel pengurus, .... 
So buku ini kami dapat semasa pendaftaran. 
Semua orang wajib lah ada. 



Pernah dengar tak laguh nih??
One moment in time
First dengar lagu nih mcm rasa macam bed song tuh. 
Tapi bila dengar setiap ayat dalam lirik tuh tersangat lah #deep 
Pemberi semangat jugak lah. 


Ini jadual kami dari 25 June - 3 August


Jadi sepanjang bulan puasa nih kelas untuk tgh tak ada. Jadi apa lagi kami balik bilik lepas tuh ZZZzzZz
Pada malam nya pulak ada kelas malam. Kelas malam nih lebih kepada preparation kami untuk concert yang bakal kami buat 14/7 nanti! Jadi nanti kan vedio dari aku nyea tentang apa yang kami buat. Jadi dalam kelas malam nih, kami lebih kepada bincang tentang tema group kami. Apa tema group kami??? ETHICS apa tuh ethics???? amboi semua nya aku nak terang kan. Korang ada internet kan.. So cari je Sir Geoogle. Dia ada je jawapan nye. Lepas tuh?? Dalam group tuh kami perlu sediakan LOGO, ICON, NAME GROUP, BAJET, TAGLINE... So nampak senang jer kan.. Kalau korang student dari U, Politeknik... bla bla bla mungkin pada korang benda ni biasa jer. 'ala logo je pun. Itu pun nak kecoh. podahh !!! " *tunduk malu* Aku ni student STPM jer. Mana lah ada pengetahuan yang luas. Hm hm hm. Nak berfikiran di luar kotak. 




"Fikir kan sesuatu yang orang lain tak terfikir nak fikir"

Iye itu lah big lecture kami ingin kan. Kami panggil dia Mis Jus. Jadi kali pertama kami present depan dia, logo, icon, name group di REJECT ! Frus jugak lah. Hahahaha. Tapi relax lah.. "Setiap kesusahan tuh akan terselit kesengan yang tak di duga" Jadi kami bincang lagi. Aku?? Aku minta tolong kawan2 aku yang aku rasa dapat membantu, yang mempunyai idea yang tak di duga. Dapat lah sikit. Jadi tarikh sebetul betul betul nya akan kami buat show ialah 14/7/2104. Iyup minggu depan kami buat concert ! Actually kami ada 4 concert. Yang pertama yg ini lah. Yang kedua drama, yang ketiga uji bakat menyayi english song dan penilai nya..., tau tak siapa?? bukan calang2 orang. DATO HATTAN YUP !!!!! Yang nyayi lagu Gadis Jolubu tuh ft dengat Waris tuh. YEAH !!!!! Setiap individu terlibat dengan uji bakat nih. WAJIB!!!!!!!! Aku nak nyayi english song?! hahahah malay song pun aku tak lepas ini kan pulak english. Bila sebut pasal nyayi nih terus teringat kat kawan aku sorang nih. EG ! iyup! Dia nih minat betul nyayi. Rase nya kalau dia ada kat sinih, mesti dia exicited dapat pi ujibakat dgn Dato Hattan nih. Concert yang terakhir ....... aku tak ingat lah dia cakap apa. Tapi jangan risau, aku akan cuba update dari masa ke semasa kat sini. hehe. 



Ini pulak jadual aku selepas bulan puasa. 
Yeah!! Akan ada kelas pada waktu tgh. 
Argh!!! panas2 tuh nak g kelas??
Macam mana lah. huhu. 
T_T


Yang laki tuh lah mentor kami. So ini lah keadaan kami. 


Ini bahagian kelas pagi. Kelas kami biasa2 jer. 
Tak lah gah macam kat u tuh. 



Hmmm hmmm *tutup muka* 
Iye aku tahu. 
Semak sangat logo tuh. 
Iye iye aku tahu. 
*tunduk muka*


Ini lah group perempuan kami. Yang lelaki dua orang jer. 
.
.
.
.
.
.
.
  


Ini lah contoh keadaan kelas aku. 
T_T


Okey lah erk. Aku rasa mungkin satakat nih jer kisah cerita live aku.
Kalau ada yang terbaru aku info korang erk.
Doakan aku baik2 sahaja di sinih. Doa kan aku juga semoga perjalan menuntut ilmu selama 2 bulan ini berjalan dengan lancar dan semoga segalanya tidak menjadi sia2. 
AMIN !!


Salam sayang rindu orang Ipoh

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Assalamualaikum















Tuesday 1 July 2014

Seremban, S2 PERMULAAN

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Sempat lagi selfie kan! hahaha! 
siapa tuh??
jeng 
jeng
jeng 
.......



Hey korang2 apa khabar?? sihat ker? semoga korang sihat2 sahaja. Maklum lah sekarang nih musim panas. Tapi aku rasa juat ada setengah kawasan sahaja yang agak panas sehingga menyebabkan jerebu. Right? Tak kisah lah panas ke sejuk ker.. semoga korang jage kesihatan. Banyak minum air kosong kurangkan minum air ais,air gas,.... Macam mana pulak dengan puasa korang?? Alhamdullilah setakat nih hari2 puasa aku berjalan dengan lancar tetapi masih ada kekurangan nya. Nak tahu apa kekurangan nya??? Relax lah dulu. Scroll scroll scroll lagi yea. hehe. So puasa korang how?? kepada yang perempuan setakat nih penuh tak?? lelaki pulak jangan ada yang membawa plastik hitam yea. Jeng jeng jeng. Ingat! Ada yang memerhati tau. Nun jauh di atas.  Okey. Berbalik pada tajuk aku. Apa yang 'please be nice' dah kenapa budak nih. Cari masalah dengan orang ker?? hm.. hahaha actually tak. Aku tak lah gaduh dengan siapa2 pun.


Yeah !!! Ini lag DR.HAMZAID. 
Kat sinih kami panggil dia ABAH.
Macam korang juga sebelum nih aku tak pernah langsung jumpa dia.
Even dengar suara dia pun aku tak pernah. Since aku dapat surat tawaran belajar bhs inggeris ini kat
kawasan dia. Baru lah aku tahu siapa dia nih. Pada dia hanya nak menolong pelajar2 STPM yang tak dapat result yang tak berapa bagus untuk terus maju ke hadapan. Bagus lah kan. Hanya ALLAH yang tahu niat dia. 


Apa tuh?? iye aku rasa semua student STPM satu Malaysia pasti dapat surat dari Dr.Hamzaid nih. Aku rasa lah. Actually ini program Bahasa Inggeris selama dua bulan. Jadi lama jugak kan. Padahal belajar BI je pun. Banyak jugak lah dugaan nak decide nak pi ke tak program ini. Macam2 fikir. Sehingga kan sampai satu tahap aku buat buat solat istiqarah. Hahahahaha!! mesti korang gelak. I think. hm.. Itu pun nak solat istiqarah. podaahhhh !! hmm. Alhamdullilah esk nya selepas aku solat istiqarah tuh hati kuat teguh sangat nak pergi. Tiada lagi perasaan 50/50. Even just mulut jer yang kata Insya Allah tapi hati aku kuat mengatakan yang aku akan pergi.

Allah dah bagi jalan nya. Tunggu kita jer untuk ikut nya. 
Alhamdullilah. Aku dah lakukan. 
anda bila lagi??
Aku nasihat kepada sesiapa sahaja di luar sana yang memerlukan bantuan tapi
tiada insan yang memahami kalian. Cari lah DIA di tengah malam. 
Insya Allah DIA ada untuk membantu anda, untuk mendengar luahan hati anda.
Cuba nye syg syg sekalian. 

Apa yang buat aku begitu teguh nak pergi. Aku teringat satu ayat nih kat wall FB. Hm hm hm hm *selak galery fon* tak ada lah ayat tuh. Aku dah lupa. Tapi satu ayat nih yang aku ingat "Sesungguhnya menuntut ilmu di dalam islam kan di haruskan" am i right?? so since aku solat istiqarah aku berpegang teguh pada ayat tuh. Dan kerana ayat itu lah yang membuat kan aku kini berada di Seremban S2, N.SEMBILAN selama 2 bulan.



Ini lah empunya dana ini.
DR.HAMZAID


Bila kau masuk?? bila kau daftar? bukan ke sekarang bulan puasa. iyup ! sekarang nih bulan puasa. Kini hari KE-4 kita puasa. Alhamdullilah aku baik2 jer kat sinih. Makan minum semua berjalan dengan lancar.. just ada lah sikit prob dengan kewangan. Biasa lah kan. Duduk asarama. Even elaun di beri setiap bulan RM200 tapi pada aku penimatan tuh sangat lah perlu ada. Jadi makan minum aku sepanjang puasa nih memang aku bajet betul. Berbuka pun mungkin akan di surau sahaja, Save sikit bajet. Elaun yang di bagi boleh jugak aku beli barang raya nanti. hihi. Dia juga menawarkan program sehingga ke Sabah Serawak. Hahaha. Seronok dapat sembang dengan budak SS nih. Pekat betul bahasa mereka. "kamu kenapa bah" "Aku tak tahu itu" hehe. Comel !

Tak kan nak sembang jer kan. Mesti korang bosan kan. Pot pet pot pet jerrrr.. Tak ada gambar ker?? iye ada je gambar nyea, Tapi kene tunggu lah post aku yang seterus nya. Baru lah menarik. Plus baru lah korang rajin skit bukak blog aku nih. hihih. perasan kejap kan.




 YEAH !! nih salah seorang roomate aku.
Suhaila. Anda boleh panggil Su.
OPS !! dia dah bertunang k. 

Lepas tuh?? Macam nih lah. Esok aku masukan lagi lagi lagi dan lagi cerita yang lagi lagi lagi best. Hihi. Sebab dah larut malam kan. Kunk tak sahur pulak aku kan. Korang tunggu lah aku esok. Esok aku nak cerita lagi. Betul lah. Kalau cerita sekarang tak best lah. Sebab mesti korang dah ngantok kan. Kepada pembaca setia blog aku * cis! ada ke yang setia membaca nya T_T* nanti kan story aku di pos akan datang yea. Mohon maaf andai ada salah silap typo banyak ker. Maaf sebab kisah hidup live story coretan pena aku tak seberapa sangat. Tak lah sehebat coretan kisah hidup kalian yang lagi gah gitu! 


Sekian salam sayang gembira happy sad untuk kalian.

Assalamualaikum..


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Monday 16 June 2014

Menanti kata-II ...

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



▔\▁〷●‿●〷▁/▔ ▔\▁〷●‿●〷▁/▔

Hai hai oit oit oit. Apa khabar? Sihat ker?? Post sikit punya banya cerita kisah hidup aku yang entah menarik ke tak pada korang kan. Kepada yang setia membaca. TAHNIAH !! Teruskan membaca yea. Hihi. Apa kene mengena tajuk aku kali nih. haha. Selalu aku post semua nya pasal holiday aku bagai. Tapi kali nih, lain je ayat nya, Hm hm hm ... Korang mesti pelik aku nih tak sambung belajar ker?? Tak ada kerja ke nak buat? Balik2 story pasal holiday, pasal kawan2, pasal budak2 bagai.Eh.. *garu kepala* Mesti korang tertanya2 apa yang berlaku?? Ececeh ayat jer tuh. hahaha. Dari tajuk macam bercinta. Iye ker?? hahaha. Dari tajuk macam angau. Are u sure??? hahaha. Berteka-teki pulak aku kan. hm hm hm. Yang masih sudi nak terus kan membaca terus kan. Saje nak uji korang. Hehe. Korang minat atau tak dengan STORY BOX aku nih. 




( ^-^)_旦” ( ^-^)_旦” ( ^-^)_旦”

Apa cuba aku sampai kan ini. hahahaha! 
Okey Kita mula kan disinih. 
Macam nih kisah nya.. 
jeng jeng jeng..


Sebagai yang korang tahu yang aku nih bekas student STPM. Aliran sastera. Yang ambik subjek ekonomi,sejarah,p.am.... Secara rasmi nya sejak keluar nya keputusan STPM bulan Mac hari tuh aku telah di gelar sebagai PENGGANGUR yang bakal tanam anggur belakang rumah *Eh serius kut, ayah ada tanam pokok anggur kat belakang rumah. Nanti kalau dah menjadi aku tunjuk kat korang yea* Since dari tuh bila aku dapat nya result STPM. Perasaan syukur tuh masih tertanam subur sekali di dalam hati dan diri aku. Sekurang nya aku dapat result yang pada pandangan aku sudah memandai. SANGAT !! Aku bersyukur tak terkira. Hanya Allah yang tahu perasaan tuh. Namun itu hanya pandangan aku. Tapi tidak pada sesetengah pandangan segelintir masyarat yang mungkin pada aku sudah terbiasa hidup dengan persekitaran yang keputusan exam bagus2 belaka. SGT~. Bagus lah. Lepas tuh??


Macam biasa lah bila dapat jer result, orang yang akan first call/tanya ialah IBU AYAH. Iya sama lah macam dulu2 bila dapat result SPM/PMR/UPSR. Sign mereka sangat berharap pada kita. Mungkin kita tak sedar dalam diam2 mereka berusaha supaya kita mampu jadi yang terbaik di masyarakat. Mereka cuma nak kita jadi yang berguna di mata masyarakat. Hm. Bila ayah tengok jer result tuh.. tau tak ayah cakap apa??? hm hm hm "Ini je kak kamu dapat? kenapa pointer 2 jer nih. Boleh ker sambung belajar" Allahuakhbar !! luhur hati jantung aku. Serius lemah lutut nak berdiri. Rasa nak rebah macam tuh jer depan ayah. Itu lah ayah. Dalam diam dia menaruh harapan pada aku. Namun aku macam biasa keras kan hati. Tinnggi kan ego "okey lah tuh ayah. Dapat jugak 2 lebih. Dari gagal semua. Nak ker??" Terus ayah diam. Mungkin pada pandangan aku, ayah tak tahu sistem yang sedia ada. Hanya ibu yang tahu. That why ibu diam jer. 



Hidup mesti di terus kan. Yang lepas tak boleh di ubah. 
Apa yang berlaku semalam adalah sejarah,
Apa yang berlaku kini adalah kesan dari tindakan kita,
Apa yang berlaku esok biar lah menjadi rahsia. 
Terus kan berdoa. 
DIA ada bersama kita. 
:")

Aku tawakal dengan result aku. Aku terima seada nya. Tipu lah kalau aku kata tiada perasan resah, cuak, gementar segala bagai. TIPU !!! kalau aku kata tak ada !!! Tanya lah sesiapa pun yang berada di situasi aku pasti fikir rasa apa yang aku rasa kini. Aku seorang anak sulung. Cukup lah pada gelaran ANAK SULUNG. Berat tanggungjawab nya. Banyak beban yang aku tanggung. Mesti korang pelik. Apa sangat lah beban yang kau tanggung?? kau bukan nya dari keluarga yang susah, pi holiday bagai boleh jer, update pos blog okey jer, update twitter okey jer. Hm hm hm . Aku sendiri pun tak tahu nak terang kan macam mana. Dan if aku cakap pun, bukan nya korang faham. Melain kan korang juga memegang gelaran anak sulung. Oleh itu korang akan faham apa yang cuba aku terangkan. 



(ノ◒▽◒)ノ (ノ◒▽◒)ノ (ノ◒▽◒)ノ

Bulan April, result temuduga bagi courst yang melibatkan temuduga di rasmikan keluar. Alhamdullilah. Eyna dapat. Aku???  "Dukacita di maklumkan ...... " alahai~~ Again. Luhur hati aku. Namun perasaan sedih tidak terus tertanam dalam hati dan diri aku. Terus aku buang jauh2 perasaan sedih itu. Aku percaya pada Dia. Aku yakin Dia ada sesuatu untuk aku. Hari itu aku teman eyna pergi ker UPSI. Eyna berjaya dapat ujian MEDSI. alhamdullilah. Dia lulus. Baru2 ini dia dah di panggil untuk temuduga. Alhamdullilah dia berjaya lagi. Keputusan insya Allah bakal keluar pada bulan 7. Aku tumpang gembira. Aku bila lagi ??? 







(._. )( ._.) (._. )( ._.) (._. )( ._.)
Iya. Aku menanti kata-II ini.
 Kata-II yang mampu membuat aku menangis.
Mampu membuat aku mengalir kan air mata gembira. 



Hati tetap sedih bila orang tanya "Kamu tak dapat mana2 ker??" hm hm hm. Namun aku akan cuba sentiasa ingat diri aku bahawa aku masih ada Dia. Dia lah yang akan membantu. Aku yakin pada Dia. Namun aku tetap mengaharap kan keajaiban. Yang aku juga mampu menjadi seperti mereka. Mampu menjejak kaki ke menara gading. Memegang segulung ijazah. Aku masih mengharap kan doa daripada kedua ibu bapa aku. Iya! Aku masih perlukan mereka. 




Iya. 
Aku MENANTI KATA-II ...

Semoga ia terlaksana suatu hari nanti ! AMIN!! 


Salam sedih gembira dari aku. 


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥









Tuesday 10 June 2014

Next Travel Bukit Tinggi

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Aik  Bukit Tinggi pulak?? haha. Alhamdullilah. Rezeki kami kali nih ker Bukit Tinggi pulak. Tahu tak kat mana Bukit Tinggi. Apa yang ada kat Bukit Tinggi nih. Well rasa nya kebanyakkan dari kalian tahu kat mana Bukit Tinggi dan apa yang ada kat Bukit Tinggi tuh kan. Kepada yang tak tahu baca lah coretan kisah travel aku yang tak berapa nak travel sangat. hehehe




Biasa lah kan. Zaman sekarang mana ada yang percuma. Kecuali dari mak bapak kita. 
HA ! yang tu dah sure 100% mereka akan bagi percuma. 
Nak masuk nih saja RM64. FUH !! Mahal betul. 
Kepada yang dewasan RM12 dan kepada kanak-kanak RM8. 
Apa yang ada kat dalam tuh. Scroll lagi lagi lagi ke bawah ada story yang akan aku bagi tahu. 



"KAMI AGEN 007"

Haha ! orang kate kat bukit Tinggi nih bagunan macam atau design bagunan dalam tuh macam kat luar negara. Tambahan pulak angin kat atas tuh sejuk. Even matahari terpacak atas kepala but angin dia sejuk jer. Selesa. Rasa macam kat ;uar negara jer. hihi. Nak tengok bagunan diorang? boleh aku tunjuk kan yea. 


Ikut kan banyak gambar bagunan kat situ yg aku ambil. Tapi disebabkan fon aku problem hari tuh,
semua hilang. hm. Ini bagunan cafe. See case pun macam ala ala kat luar negara. Tengok jer. Takut nak masuk dalam tuh. Macam mahal jer. huhu. Cukup lah hanya dari luar. heehe


ha! tengok lah bahagian belakang tuh. Jalan dia, bagunan, warna bagunan, kedai2 bagai. Memang perfect kalau nak buat pengembaraan ala ala luar negara.  ngee


Ha dalam bagunan yang tinggi nih adalah spa & hotel.
Kan tengok lah cuaca kat sane. Mendung jer. PERFECT ! memang rasa macam kat luar negara jer. Tumbuhan tuh bagai. hm 

Kat bukit bintang nih pun ada ANIMAL PARK .
serius korang boleh pegang haiwan tuh secara live. Diorang nih jinak jer. 
Rusa, arnad dan hamster. 
Berbaloi dengan tiket nak masuk dalam nih. Dewasa dan kanak2 hanya RM 3
Korang juga boleh beli makanan yang ada dijual kat situh jugak. Rasa nya berbaloi. Jadi kalau korang singgah bukit bintang korang patut pergi animal park nih. serius best! 



Jangan risau ada arnab yang diorang lepas kan. Ini adalah sebahagian arnab yang mereka kurung.
Banyak. Comel pulak tuh. Ada macam2 warna rnab nih. Nasib tak ada arnab warna hijau jer. heehee



Hahaha! jangan risau. Dia tak gigi. Seronok !



Tara !!!!! SEEE !!! CANTIK KAN !!
Luas. Dah macam taman permainan. Dah nama pun animal park kan. Korang bebas bermain 
dengan haiwan yang ada kat sinih. Bebas nak bagi makanan. Tak ada yang tak boleh. Seronok~ Puas sangat dengan apa yang ada kat situ plus tiket pulak yang tersangat murah. So, korang tunggu apa lagi, jom lah kita buat trip ke BUKIT TINGGI ! serius korang tak akan menyesal. 





Aku rasa mungkin sampai disini sahaja cerita coretan kisah hidup aku kat BUKIT TINGGI ala ala luar negara. Ngeee .  okey! bye ~~
Assalamualaikum 


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥












Monday 2 June 2014

Trip to PAHANG

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Hey kalian kita bertemu lagi. Cuti sekolah dah mula kan. Lama betul cuti sekolah. Terasa lama nya. Mungkin sebab aku tak lagi bersekolah. hahaha. Cuti nih kami pergi ke Pahang. Rumah opah. Kira nya balik kampung lah nih. Ada kenduri. Mak saudara kahwin. Alhamdullilah segala nya berjalan dengan lancar. 


Alamak gambar tak berape nk bagus. MAAF ! 

ARGH !!!!!!!!!!!! Semua karya aku dalam fon hilang ! argh !! Fon problem. Habis semua gambar hilang. Semua gambar sepanjang kenduri di kampung hilang !! hilang! jadi aku terpaksa kumpul semula gambar dari ibu ayah dan mak saudara aku. hm. Tak kisah lah aku cuba masukan gambar yg ada untuk tatapan kalian. Kenduri kali nih berkonsep kan gotong royong. Biasa lah kampung kan. Gotong royong, semua orang kampung datang memasak. Fuhh. meriah betul. Tapi syg aku tak ada gamba tuh. 



Raja sehari pada hari itu. Sama cantik sama padan. 

It's okey aku akan tetap terus kan bercerita. Aku belum dengar lagi akad nikah dan bersanding dibuat pada hari yg sama. Iye itu lah yang berlaku kat kampung aku. Lain cara mereka. Esok nya kenduri, pagi tuh pkul 10.30 baru bernikah bagai. Alhamdullilah dengan sekali lafaz. 2 jam lepas tuh dalam pukul 12 lbh bersanding pulak. WOW ! macam menarik. hihi. Sangat. Just macam kelam sikit. Sebab pada pengantin lah nak tukar baju lagi, meka up bagai. Biasa lah tuh lain orang lain cara nya. Perkahwinan yang simple tapi nampak meriah. Tema nya pink putih. Cantik! Warna nya lembut. 



Tiba masa untuk potong kek pulak. 

HA ! Itu kek buatan ibu sendiri. hahaha. Kek cokelat. Terbaik ! Sedap! See walaupun majlis nya simple tapi cukup meriah. Tengok dengan lampu nya kerusi nya. wah~~ hahaha Aku kahwin nanti macam mana lah erk. *tayang gigi* Nih mak saudara aku. Actualy opah aku kahwin tiga kali. Kalau tak silap aku lah. Yang pertama dengan arwah atuk aku yang kat manjoi. Yang kedua meninggal rase nya. Yang ketiga yang sekarang nih. Dan yang pengantin perempuan tuh lah anak nya. Ada dua orang perempuan tiga orang lelaki. Yang perempuan semua dah kahwin dan just tinggal lelaki sahaja yang belum kahwin. Ke Pahang lagi lah aku. hahahaha. 

Yang tudung Hitam pink tuh lah opah aku. 
yang baju pink dan pengantin adalah mak saudara aku. 
yang budak kecik dua orang bawah tuh anak mak saudara yang baju pink. 
yang baju ungu ...... UNKNOW

Orang cakap kahwin tuh seronok. Iyelah bila semua dah jadi halal. Semua nya seronok. Bagus. Sekurang nya tiada berlaku perbuatan maksiat atau zina. Nauzibillah. Minta di jauh kan. Tapi sebenarnya bukan itu yang di maksudkan sebuah perkahwinan. Perkahwinan yang sebenar adalah kehidupan kita selepas itu. Iya. Itu baru dinama kan perkahwinan. Tanggungjawab, setia, tolak ansur antara satu sama lain, jujur, percaya antara satu sama lain, tiada rahsia, no more ego...... Macam2 lagi perkara yang perlu kita tempuhi. Pada apa yang aku pernah baca kita tak akan kenal pasangan kita yang sebenar sehingga lah kita duduk sebumbung dengan kita, tidur sekatil dengan kita. Iya. Betul. Apa yang kita nampak sekarang hanya lah luaran sahaja. Jika dulu kita kenal dia seorang yang pendiam, pemalu namun selepas kahwin baru lah kita tahu siapa sebenar nya pasangan kita, samada seorang yang panas baran, egois,... Iya. Saat itu kesabaran, keimanan kita di uji. Adakah kita terima seadanya pasangan kita atau sebalik nya. Jadi pada pasangan yang kat luar sana, aku nasihat satu jer "JANGAN MENCIPTA KESAKITAN KAU SENDIRI" Faham tak maksud nya. Meh aku terang kan. Maksud aku ialah jangan mencipta kesakitan kau sendiri apabila kau menaruh sepenuh kepercayaan, harapan kepada pasangan korang tanpa ada perasan ragu walau sedikit pun. Jangan !! tolong ! Pasangan korang yang sekarang belum tentun adalah jodoh kalian. Jika ia, alhamdullilah. Tapi jika bukan HOW!! tak ke korang sakit, sedih,kecewa sehingga nak buat benda yang jauh dari jalan Allah. JANGAN ! korang boleh jer couple *bukan bermaksud aku galakan bercouple.* tapi jangan terlalu percaya 100% pada pasangan korang. just 50/50 sahaja. Just untuk menjaga hati korang, dan diri korang. TAKE NOTE OKEY !


 
Itu semua mak saudara aku. 
Kecuali yang tudung merah tuh opah saudara aku. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.



Bila dah snap dengan monopod. macam nih lah jadi nya. hahaha !

Seronok bila kenduri nih. Rajin2 lah tunjuk muka yea bila ada kenduri kendara tuh. Sebab bila kita pergi kenduri orang/saudara insya Allah bila time kenduri kita mereka akan turut datang. Tak kira lah kenduri apa sekali pun. Tak salah kan kalau datang sekadar tayang muka atau just datang makan. Sekurang nya bila orang tanya kita cakap datang. Kenduri nih lah tiba masa nya kita jumpa semua saudara yang jauh2 belaka. Kita juga boleh kenal antara satu sama lain. Dari tak rapat menjadi rapat. Dari tak kenal boleh kenal dan menjadi rapat. Ini lah di kata kan mengeratkan silaturahim. hihi



Warna pink hantaran dari pihak perempuan. Yang warna biru hantaran dari pihak lelaki.
Simple but still cantik.


Ini lah keadaan suasana luar kawasan rumah. Apabila pihak lelaki datang untuk bersanding. 



Hahahahaha kenapa muka aku macam tuh. Bila dah dapat monopod plus camera pun dah cukup. 
Berselfie je kami. Tak henti. hihi. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
THE END 
.
.
.
.
.
.
.
.



Cukup lah kisah cerita aku untuk kali ini. Eh !! nanti dulu siapa cakap dah habis holiday aku kat Pahang nih. nope ! belum habis lagi. Aku ada cerita yang lebih menarik lagi. Tunggu lah post aku yang seterus nya. 
jeng jeng jeng !

Assalamualaikum 

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥











Saturday 24 May 2014

Perjumpaan Ibu Bapa & Guru

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Perjumpaan ibu bapa dan guru??? Apa kene mgena dgn aku?? ha nih yg aku nak cerita habaq kat korang. Pada yg nak tahu teruskan membaca. Kepada yg tak nak tahu fikir cerita ini tak menarik boleh close terus page ini. Pada 24 Mei 2014  Tadika tempat yg aku kerja tuh ada buat hari perjumpaan ibu bapa dan guru. Kalau kat sekolah rendah atau menengah kita panggil Hari Bertemu Waris. Tapi kat sinih kami panggil Perjumpaan Ibu Bapa & Guru. Sama jer. 



Pada aku ini adalah pengalaman yg pertama. Biasa nya aku yg menjadi pelajar dgr cikgu bercakap tentang aku pada parents aku. Kini terbalik pulak. Perasaan dup dap dup dap tuh harus lah ada. Aku nak komen pasal anak diorang. Baik buruk diorang. haha. Tapi bukan itu yg aku risau. Aku risau kan kemungkinan ada sesetengah ibu bapa yg mungkin tak dapat terima anak mereka sekian sekian bla bla bla. Zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu. Hm. Jangan lah di jentik budak tuh. hm. 


ha !
ni budak yg paling paling nakal paling tak tahu duduk diam
paling banyak bertanya. hahaha 
NUR ASRI ISKANDAR
Result dia boleh di kategori kan teruk jugak lah. hm 
Tapi ayah dia boleh relax jer "pandai dia nih. bukan tak pandai. Fuyooo bagus asri nih"
hahaha aku tak tahu lah sama ada apa yg ayah dia cakap tuh perli atau memang terima seada nya anak dia memang macam tuh. NO KOMEN !



Jadi kelas yg aku ajar ini adalah kelas agama pada petang hari. Pada pagi hari ada kelas lain pulak. Lain masa pulak dan lain cikgu nya jugak. Pada kelas pagi Cikgu Neida yg uruskan segalanya. Dia lah guru kelas nya. Cantik orang nya, Putih. Dan bakal menjadi isteri orang 31 Mey ini. Jadi berdasarkan pengalaman aku yg aku rasa hari nih tersangat lah best. Hehe. Sbb?? Cikgu Neida terus terang derect kepada ibu bapa yg ank diorang sekian sekian bla bla bla. WOW! risau jugak penerimaan ibu bapa. Rupa nya aku silap. Sebalik nya respon dari ibu bapa mengalakan lagi cikgu untuk lebih garang. hahahahah. Bagus!! Senang sikit kerja. 


Kesimpulan yg aku dapat dari perjumpaan ibu bapa nih, parents lbh fokus kan kepada kelas pagi. Biasa lah kelas pagi akan mengajar BM, MT, BI. SN, SENI. Jadi itu lah tujuan ibu bapa hantar anak-II ke tadika. Untuk anak diorang pandai membaca dan mengira. Kalau kelas agama pulak sebalik nya. Hm hm hm. Aku tak banyak cakap pun hari nih. Yg banyak cakap lebih kepada Cikgu Neida yg komen tentang budak-II pada kelas pagi. Ibu bapa seolah tak berapa heran tentang kelas agama. Tentang jawi, pendidikan islam, hafazan.. hm hm tak tahu lah if ini hanya perasaan aku. Tapi tuh lah yg aku nampak. Hanya 40% ibu bapa yg akan kata "teruk nya kak/abg/adk pendidikan islam nih, mcm mana boleh dapat C. Hafazan nih knp sikit sgt" WOW !! hahahaha dapat C pun komplain. Hebat. hahaha. Okey. Jadi itu menunjukkan masih ada ibu bapa yg menaruh harapan yg tinggi tentang kelas agama ini. So tu yg buat aku berazam nak ajar budak-II dengan lebih lagi. Even aku tak ajar pendidikan islam just mengajar mengaji plus hafazan tapi tuh pun dah cukup bagus. Aku nak kutip pahala banyak-II. 



alo lo lo nih adalah antara Cikgu-II yg mengajar di tadika dari umur 3 tahun hingga lah 6 tahun. 


"Selfie lah kau sorang-II" hahahahaha



Okey yg dari kiri tuh mcm biasa sahabat aku. Hazlina. Yg bertudung Cokelat baju harimau tuh lah Cikgu Neida. Yg bertudung pink Cikgu Fatehah dan tudung oren Cikgu Shila. Cikgu Shila dan Cikgu Fatehah nih praktikal kat tadika tuh. Praktikal dari UPSI. Yg tudung cokelat tuh Ustazah Noriah. Dia ajar budak 5 tahun. Yg tudung biru Kak Yaty. Dia mengajar budak 3 tahun. Yg sebelah nya pulak tuh dan yg bertudung hitam tuh tak sure apa nama nya. Yg pasti tudung cokelat ajar budak 4 tahun dan yg tudung hitam ajar budak 5 tahun sesi pagi.


Kali pertama guna monopod. Semua memberi respon yg baik. hahahaha.
Apa muka aku macam tuh. hahahaha Buruk nya. Okey abaikan. 


Nih kad laporang budak-II tuh. hahaha. Aku di tugaskan untuk memberi komen bagi kelas agama. So aku bagi je lah komen apa yg patut. Risau jugak if ada tersalah cakap atau tersalah tulis. haha. Alhamdullilah tak ada apa-II. 


Alhamdullilah selesai juga hari perjumpaan ibu bapa & guru. Alhamdullilah juga tiada perkara yg tidak di duga berlaku. Semua nya berjalan dengan lancar. Sekian, itu sahaja coretan cerita kisah hidup aku untuk hari ini. Maaf jika story aku tak lah hebat mana pun. Tak lah gempak mana pun. Hanya sebuah post yg ingin aku kongsi kan bersama. 
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang dengan cerita yg insya Allah lagi menarik

wsalam.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




 

Template by Blogger Candy