Pages

Thursday 5 December 2013

H O S P I T A L

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Aku nih tak habis2 cerita sedih je kan. Bila nak masuk cerita gembira nya. haha. Relax relax ada bahagian nya. Kan aku dah cakap hidup kita selalu diuji kita je yang tak tahu. Ujian ini bukan ujian yang besar2 sahaja yang kecil2 yang korang tak sedar itu pun di panggil ujian dari-Nya. Kalau berdasarkan tajuk mesti korang pelik hospital lagi? mak dia sakit lagi? hm.. Bukan mak aku yang sakit tapi giliran aku pulak yang masuk hospital. Aku sakit apa? teruk ker? sampai masuk hospital bagai? ke tahan wad ker? 

Iye aku di masukkan ke hospital dan di tahan di wad untuk kali yang pertama dalam hidup aku. Sejarah hidup aku. Sebelum ini aku begitu yakin yang aku sihat sihat sahaja. Siapa sangka tiba2 aku sakit dan masuk hospital. Bila sebut hospital bukan lah perkara yang boleh di buat main2. Kenapa aku di masukkan ke hospital? Sebenarnya benda nih dah lama cuma aku yang perasan dan anggap sebagai biasa2 jer. 

Kisah nya bermula selepas hari koperasi di sekolah aku. Mase tu aku nak pi derma darah. Sebab aku mmg suka derma darah. Beria je ajak membe bagai pi derma last2 aku yang tak boleh derma. Sebab aku tak boleh derma?? Dr. tu kata aku ada tekanan darah rendah plus darah tak cukup dalam badan. WOW aku pun tak percaya aku tak cukup darah biar betul. hm. Selepas hari koperasi tu kecewa tak dapat derma kan darah masih menguasai diri aku sampai membawa ke demam. Demam pulak bukan jenis kejap2. Tak. Aku mula demam mase nak mula bulan Ramadhan. Fuh.. dugaan betul. Pagi pergi ke sekolah okey jer tapi bila masuk kelas duduk pulak bawah kipas aku jadi sejuk.Sejuk dalam sejuk tulang kalau pernah demam tahu lah kut macam mane rasa nya. Pulak tu aku duduk bawah kipas. Aku terpaksa  minta kerjasama kawan untuk perlahan kan kipas. Bayangka aku sejuk sehingga tangan biru padahal bandan panas jer. Nak cakap pun susah. mengigil badan tahan sejuk. Entah lah tak tahu mana silap nya. Bila balik sekolah pun aku rasa sejuk padahal cuaca panas jer. Bayang kan lah tgh terik tidur guna selimut, betapa tahan sejuk punya pasal, sampai kan ayah pun pelik. "kamu tak panas ke".

Selama sebulan lebih aku dalam keadaan macam tu. Aku demam on off on off.. Hari ini tak demam tapi esok balik demam macam tu lah berturutan sehingga lah ayah soh ibu bawak aku prg hospital. Kebetulan pulak aku ada mak saudara keje sebagai jururawat, jadi dia lah yang uruskan. Bawak aku jumpa dr. yang kebetulan kawan dia juga. So, senang lah sikit. Aku ingat lagi malam aku di sahkan untuk tahan di wad. Mula nya relax jer, sampai je kat katil aku jadi diam... Selepas terawih ayah dtg bawak beg baju bagai. Sorang pun tak tahu aku masuk hospital. Iya sorang pun tak tahu even sahabat aku. Satu aku tak nak diorang tahu sebab mase aku masuk hospital tuh masing2 sibuk nak raya. RAYA?? iye aku di masukkan ke hospital seminggu sebelum raya. Kedua aku tak nak susahkan diorang, pada aku kesusahan kesedihan aku biarlah aku tanggung. In sha Allah ada membantu aku. 

Malam makin larut. Mase untuk berpisah. iya siapa tak sedih ngis kene tinggal duduk tidur di HOSPITAL. Malam tu aku sejuk. sejuk yang teramat sehingga mengigil badan. Memang tak cukup selimut yang ada sehingga aku ngis panggil 'ibu'. Namun rahsia untuk tidak memberitahu sesiapa yang aku masuk ke hospital tak tahan lama. Bila kawan aku msj bertanya aku dimana. Iya mati2 aku menafikan yang aku tak aka bagi tahu aku di hos mne sbb dia tinggal di batu gajah. Jadi kawasan ipoh di tak tahu sgt, aku rasa lah. 

Okey, keesokan nya, aku di cucuk di tangan. Untuk masukan air plus ubat antibotik dalam badan. sakit?? sangat sakit. Mase kali pertama cucuk aku still gagah kuat tahan. Tapi lama2 aku menjadi lemah, lemah sangat sebab aku dah tak tahan dengan suntikan tu. boleh dikatakan setiap hari sepanjang aku duduk kat hospital tuh dr. ambik darah aku. sakit? sangat. sbb aku dah jadi lemah. Lemah sgt.. 


Bayang kan jarum tu masuk ke dalam kulit kita yang nipis nih.




Ini lah keadaan nya di wad aku tingkat 8



Ini lah makanan di hospital  -_-



Itu ubat yang dimasukan dalam badan aku. Itu ubat antibotik yang paling kuat diorang bagi.
Bayang kan lah sampai tangan aku bengkak. 






.....



Kesimpulannya aku beraya di hospital. Sunyi? mesti lah. sedih? haruslah. hm.
Tak dapat kutip duit raya pakai baju raya.

Sekurang nya aku masih dapat merasa daging masak kicap ibu plus lemang yang
dibakar sendiri oleh ayah. Pehhh mmg sedap.. hihi. Papepun terima kasih kepada saudara2 yang sudi 
datang melawat bagi duit raya hehehe dan memeriahkan suasana di sane. 


Tak lupa juga kepada ezazi sahabat ku. Sudi juga eg dtg tengok maton kan.
Siap bawak kek lagi tuh. Eh bekas eg ada lagi pada maton.

Jeng jeng jeng tak lupa juga pada sahabat saya eyna si kecik ecah si montel dan rahman si...
Kepada eyna mohon maaf sebab maton tak bg tahu eyna awal2 yang maton masuk hospital. Eyna tahu pun drpd org lain. Niat satu tak nak susah kan eyna bagai cukup lah maton banyak susahkan eyna selama maton kawan dengan eyna. Kepada ecah nanti maton suap kan cokelat yea. hehe. Dan terakhir kepada si rahman, terima kasih sgt sebab sudi dtg dari batu gajah semata2 nak melawat saya sampai demam. Lepas tu boleh pulak buat kejutan dengan terjah saya tiba2 dan terima kasih juga kepada kawan aku puteri farah nadiah. Dalam saki2 tu sudi juga datang. Tak lupa kawan aku amalina salwa yang sudi melawat even sekejap shj.

Selepas aku keluar dari hospital macam2 ubat ibu beli untuk tambah ka darah semula dalam badan aku. Jujur aku cakap aku tak makan pun ubat tuh. Sampai sekarang masih ada ubat tuh. Ibu beli sampai beratus2 untuk anak dia yang sorang nih. hahha.. Selepas beberapa bulan aku ada temu janji dgn dr. sekali lagi darah aku tak cukup dan aku di sahkan "ANEMIA". Apa tu anemia?? search lah. Apa yang aku tahu kekurangan darah dalam badan, badan cepat rasa letih, cepat rasa ngantok. Kalau kawan2 sekelas aku perasan aku kerap tidur dalam kelas itu lah punca nya. oksigen tak sampai ke otak. Dan daripada yang aku baca "jika seseorang menghidap anemia dia tak akan cemerlang dalam pelajaran" bila aku tahu benda nih, baru lah aku faham mengapa aku tak dapat nak ingat faham apa yang di ajar. Sebab itu lah aku perlu usaha lebih. Aku putus asa dengan penyakit aku nih. maaf.. mungkin sebab tak ada sesiapa yang bagi sokong. Yang ada ibu ayah yag selalu marah sebab aku tak makan ubat. Okey itu memang salah aku tapi aku tak makan sebab aku dah give up apa yang jadi kat aku. PENAT! lantak lah nak jadi apa pun. 

Tak ada sesiapa yang nak bagi sokongan? Aku tak salah kan orang sekeliling sebab aku sendiri yang membuat pilihan untuk tidak bercerita apa2 pun kepada mereka. Sampai satu tahap aku dah tak mampu nak tanggung aku terlepas juga. Aku cuba sampai kan kepada kawan2 tapi mereka tak perasan semua tu kerana masing2 sibuk mentelaah periksa nak dekat. It's okey. Aku kuat. In sha Allah.. Sepatut nya bulan 10 hari tu aku perlu ambik bekalan ubat tapi aku tak ambik sebab ubat yang ada pun tak termakan. Sehingga sekarang aku tak tahu macam mana keadaan badan aku. Darah dah cukup ke? Sihat dah ke aku? TAK TAHU LANGSUNG!! ayah ada pesan, "kamu jgn ambik mudah benda nih. bahaya kalau kamu darah tak cukup, nanti kamu kahwin nak bersalin susah dan kalau darah tak cukup kamu senang dapat sakit"...... Entah nape apa yang ayah cakap sikit pun tak memberi kesan pada aku. PUTUS ASA??? iye itu lah aku sekarang. putus asa dalam menghadapi sakit ini. Usaha??? 

Yang aku perlukan adalah sokongan ! 



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


0 comments:

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy